Seni & Sukan 22 Apr, 2022

Selamat datang Alif! Penaja terbaharu Liga Bola Sepak Malaysia! Minyak masak rasmi pertama Liga M!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Melalui kerjasama yang julung-julung kali diadakan antara jenama minyak masak utama di Malaysia dan sukan terbesar negara, Sime Darby Oils (SDO) pada 20 April 2022 mengumumkan minyak masak Alif sebagai penaja Liga Malaysia (Liga M)

Perjanjian tajaan bersama dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk tahun 2022 telah ditandatangani Pengarah Urusan SDO, Mohd Haris Mohd Arshad.  

Bersempena dengan pengumuman khas yang dibuat sewaktu acara berbuka puasa yang dihadiri Presiden MFL, Dato Ab Ghani Hassan serta Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, SDO turut memperkenalkan produk terbaharu 'Minyak Masak Alif Diperkaya dengan Vitamin D3', selaras dengan komitmen syarikat tersebut untuk menawarkan produk berkualiti kepada para pengguna Malaysia.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan minyak masak

Ketua Sime Darby Oils Professional, Mohammad Rahimi Abdullah; Pengarah Urusan, Mohd Haris Mohd Arshad; Lembaga Pengarah MFL, Mustaza Ahmad dan CEO MFL, Stuart  Ramalingam


Mohd Haris Mohd Arshad berkata, sokongan jenama minyak masak itu terhadap sukan terbesar negara adalah wajar supaya kebaikan Alif, minyak masak yang dihasilkan secara mampan pertama di Malaysia, dapat dikongsi dengan lebih ramai pengguna.  

“Jenama ALIF mewakili pelbagai ciri terbaik minyak sawit Malaysia yang dihasilkan secara mampan. Kami percaya, lebih ramai peminat bola sepak tempatan akan dapat menghargai kualiti produk minyak masak ALIF, bukan sekadar para peminat wanita yang merupakan segmen pengguna utama kami. 

"Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Liga Bola Sepak Malaysia dan menemui penonton bola sepak Malaysia daripada pelbagai golongan,” katanya dalam satu kenyataan media pada 20 April 2022. 

Liga Malaysia dianggarkan mempunyai 21 juta para peminat di seluruh Negara (40% daripadanya adalah wanita), 350 perlawanan dalam satu musim, lebih 1.6 juta penonton di stadium, dan lebih 7.5 juta pengikut dalam media digital.  



Untuk para peminat bola sepak, SDO telahpun merancang pelbagai program dan aktiviti bercorak gaya hidup yang akan dilaksanakan di stadium dan juga pusat beli-belah terpilih dengan kerjasama rakan-rakan niaga. Ini termasuklah aktiviti-aktiviti bersama personaliti bola sepak terkenal dan para peminat mereka di setiap negeri di seluruh Negara.  

“Musim bola sepak pada kali ini bakal beraksi dengan lebih meriah, terutama selepas terpaksa ‘berehat’ seketika ekoran pandemik COVID-19. Kami berhasrat untuk menghangatkan lagi suasana kemeriahan acara sukan ini dengan pelbagai aktiviti yang akan mendekatkan lagi Alif dan bintang bola sepak Malaysia dengan para peminat bola sepak tanah air,” tambah Mohd Haris dalam kenyataan itu lagi. - KitaReporters


  

  

  

  

  

  

  

  

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mr. Stuart Ramalingam berkata penyertaan ALIF sebagai minyak masak rasmi adalah suatu yang mengujakan bagi arena bola sepak tempatan, kerana ia membawa mesej yang positif bahawa liga bola sepak tempatan mempunyai tarikan yang tersendiri.  

  

“Bagi pihak Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, Lembaga Pengarah dan komuniti bola sepak, kami berbangga mengalu-alukan kehadiran ALIF, salah satu jenama minyak masak tempatan terbesar, ke dalam keluarga Liga Malaysia 2022.”  

  

“Kerjasama ALIF dan MFL menandakan satu lagi penyertaan baharu jenama tempatan terkemuka yang menghargai dan menyokong industri bola sepak tempatan sebagai platform yang boleh meningkatkan kesedaran jenama. Setelah kita bersama-sama mengharungi wabak COVID-19, kami berterima kasih kepada SDO atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. MFL akan melakukan yang terbaik untuk menghidupkan pengalaman bola sepak yang hebat bersama Minyak Masak ALIF.”   

   

Menurut Mohd Haris, 'Minyak Masak ALIF Diperkaya dengan Vitamin D3' diperkenalkan pada masa yang tepat kerana lebih ramai pengguna pada masa kini amat mementingkan penjagaan kesihatan untuk melindungi diri mereka daripada wabak COVID-19. Produk minyak masak terbaharu ini diperkaya dengan vitamin D3 yang membantu meningkatkan sistem imuniti. 'Minyak Masak ALIF Diperkaya dengan Vitamin D3’ boleh didapati di semua pasaraya terkemuka tempatan mulai Mei 2022 dan dijual dalam pek botol 5kg, 3kg, 2kg dan 1kg.  

17
7
0
13
0
You will be interested