Seni & Sukan 12 May, 2022

Video| 3,000 tetamu sertai rombongan kahwin pengantin lelaki! Berjalan kaki! Jurugambar terkejut!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


SEORANG jurugambar terkejut apabila melihat pengantin lelaki membawa lebih 3,000 orang rombongan tetamu ke majlis perkahwinannya di Desa Ciranca Kecamatan Malausma Kabupaten Majalengka, Jawa Barat pada 9 Mei 2022 lalu. 

Viral video rombongan tersebut yang dimuat naik dalam akaun TikTok @sundanesa.guy yang dimiliki oleh Ivan Affandy, 29, seorang jurugambar atau fotografer yang sering terbabit merakam gambar pada majlis pernikahan,  akad nikah dan  pertunangan di sekitar wilayah itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis perkahwinan

PENGANTIN lelaki bersama kedua-dua ibu bapanya di barisan hadapan. - kredit foto: TikTok @sundanesa.guy



Portal Walipop dipetik melaporkan, dalam video tersebut, pengantin lelaki memakai pakaian berwarna putih yang didampingi kedua-dua ibu bapanya berada di barisan hadapan.

Manakala rombongan terdiri wanita dan lelaki itu berjalan kaki beramai-ramai di belakang pengantin lelaki sehingga ke  hujung jalan.

Ivan berkata,  video yang dimuat naiknya dalam akun TikTok @sundanesa guy pda hari tersebut adalah rombongan pengantin lelaki yang membawa lebih 3,000 tetamu untuk menghantar barangan pengantin lelaki kepada pengantin wanita. 

Menurutnya, video rombongan pengantin lelaki itu menuju ke lokasi pernikahan di rumah pengantin wanita dan semua rombongan termasuk pengantin lelaki hanya berjalan kaki ke rumah pengantin wanita


 

LEBIH 3,000 orang yang menyertai rombongan pengantin lelaki ke majlis pernikahannya di Majalengka, Jawa Barat pada 9 Mei 2022. - kredit foto : TikTok @sundanesa.guy


“Pengantin lelaki tinggal satu kampung dengan calon isterinya cuma bezanya dusun berlainan dan ia tidak menjadi masalah jika rombongan pengantin lelaki itu berjalan kaki beramai-ramai ke rumah pengantin wanita,’’ katanya. 

Ivan memberitahu, itulah kali pertama dia melihat rombongan tetamu yang paling ramai melebihi 3,000 orang yang tidak pernah diketemukan sepanjang kerjayanya sebagai jurugambar.  

Jurugambar itu berkata, sebelum itu, dia pernah mendengar khabar yang mengatakan pengantin lelaki itu akan membawa rombongannya lebih 3,000 orang pada majlis pernikahannya tetapi dia tidak percaya kerana menganggap perkara itu hanya guruan sahaja. 

“Namun, apabila tiba masanya, saya amat terkejut setelah melihat dari jauh berduyun-duyun rombongan pengantin itu berjalan kaki menuju ke rumah pengantin wanita. 

“Seumur hidup saya tidak pernah bertemu lagi tetamu dari pengantin lelaki yang begitu ramai seperti di majlis pernikahan hari itu (9/5/2022),’’ katanya lagi.


 


Dalam pada itu, pelbagai komentar dari netizen selepas video berkenaan viral dalam media sosial dan ada yang memberi komen akan menjadi kepenatan kepada petugas tukang masak dengan kehadiran tetamu seramai itu.  

“Pasti orang tua pengantin lelaki itu adalah orang yang terkenal. Kalau tidak pun orang tuanya sangat baik atau disegani masyarakat setempat menyebabkan ramai yang hadir pada acara pengantin lelaki,’’ kata pemilik akaun TikTok @BerUsaha. 

“Pasti kepenatan bahagian cuci pinggang mangkok,’’ ucap pemilik akaun @ngemill ahh.

“Selamat berjuang tim dapur,’’ ujar pemunya akaun @vharida. - KitaReporters


23
11
0
12
0
You will be interested