Seni & Sukan 07 May, 2021

Berita Terkini| Cubaan 'rentas negeri' gagal! Lelaki hilang, dikhuatiri lemas di Sungai Golok!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

ANGGOTA bomba sedang melakukan kerja-kerja SAR di Sungai Golok. - Kredit foto: Sinar Harian.


SEORANG lelaki dikhuatiri lemas berhampiran pangkalan haram Parking di Rantau Panjang, Kelantan ketika cubaan untuk 'merentas' Sungai Golok pada Jumaat, 7 Mei 2021.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Imran Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.13 tengah hari.

"Mengikut maklumat awal, kejadian itu disedari penduduk negara jiran yang melihat mangsa berenang di Sungai Golok," katanya yang dipetik oleh Sinar Harian, pada Jumaat 7 Mei 2021.

Imran berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan untuk mengesan mangsa.

"Seramai 13 anggota telah digerakkan ke lokasi untuk kerja-kerja SAR sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

"Operasi SAR ini turut dibantu oleh polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Bagaimanapun identiti mangsa masih belum dikenal pasti," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

SERAMAI 13 anggota dikerah ke lokasi bagi melakukan kerja-kerja pencarian lelaki yang lemas.

 

0
0
0
0
1
You will be interested