Mira Filzah dan Wan Emir bakal bergelar suami isteri tidak lama lagi.
Lagi cerita-cerita berkaitan Mira Filzah:
https://kitareporters.com/search?search=mira+filzah
Walaupun Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman dan keluarganya belum mengeluarkan kenyataan rasmi tetapi beberapa rakan rapat pelakon dan pengacara Nona, TV3 ini menyatakan majlis pernikahan akan berlangsung pada awal September ini.
Berita ini dikuatkan lagi apabila Mira dan adik beradiknya mengadakan majlis khatam al-Quran di kediaman keluarganya pada Jumaat, 28 Ogos 2020.
Pada 16 Julai 2020 lalu, Mira dalam satu pertemuan dengan media menyatakan dirinya menjadi tunang orang dan membayangkan akan berkahwin dalam waktu terdekat.
Mira dan Wan Emir merupakan rakan sekolah, tetapi terpisah apabila Wan Emir melanjut pengajiannya di luar negara.
Namun hubungan mereka kembali rapat dan kedua-duanya pernah ditangkap foto hadir bersama dalam satu majlis perkahwinan artis Farah Nabila pada Januari 2020.
Wan Emir merupakan anak sulung Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Bapanya pula ialah Allahyarham Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar.
Sebagai arkitek bertauliah dia kini mempunyai firma arkitek dan beberapa perniagaan lain.