Seni & Sukan 05 May, 2020

Baki nafi sama macam Sajat! Berkemban kerana suka-suka saja!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

GARA-GARA tampil berkemban kain batik dengan rambut ditutupi tuala ketika sedang memasak dalam laman media sosialnya, pengacara Baki Zainal disamakan oleh netizen dengan usahawan kosmetik kontroversial, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali ramai sebagai Nur Sajat. Timbul persoalan apa tujuan Baki berkelakuan demikian? - KitaReporters


“Bukan tujuan saya berbuat demikian untuk meraih populariti atau pun mendapat ‘likes’ yang banyak tetapi sekadar mengenang kembali era 1980-an, yang mana kebanyakan ibu bila memasak di rumah akan berkemban kain batik atau pun memakai baju kelawar,” ujar Baki.

Menurut pemilik nama penuh, Zahamin Baki Zainal, 39, beliau memang suka mengimbas kembali memori semasa zaman kanak-kanaknya.


“Sudah tentu apabila penampilan saya bermisai dan berjanggut memang nampak buruklah dan agak lucu bila disamakan pula dengan Sajat,” tambah Baki sambil menganggap kelakuannya itu sekadar suka-suka untuk hiburan semata.

Baki berkata, dia bukan sengaja mahu menjadi 'wanita' dalam video itu. Ini kerana di Pantai Timur, ada ramai lelaki yang memakai kain batik.

Betul juga kan, malah baru-baru ini ketika tempoh PKP banyak video yang dimuat naik memperlihatkan kaum lelaki memakai baju kelawar isteri, ibu atau adik perempuan masing-masing sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pun begitu, menyamakan dirinya dengan Sajat, pengacara yang boleh bertutur bahasa Mandarin ini menganggap ia keterlaluan lantas hanya mengambil tindakan membuang komen-komen berbaur negatif sedemikian.

Baki seterusnya dilaporkan berkata, video memasak yang dimuatnaikkannya itu sekadar kandungan hiburan untuk menceriakan warganet yang rasa tertekan dengan situasi COVID-19 ketika ini.


“Saya suka perkara positif seperti gembira, ceria dan menghiburkan. 

"Jadi, mana-mana komen atau kritikan menjurus ke arah negatif oleh warganet dalam media sosial saya, memang akan buang,” tambah Baki.

Jadi jika korang singgah dalam laman sosial Instagramnya, korang tidak akan berpeluang membaca lagi komen negatif para netizen berkenaan.

Tetapi apa yang korang dapat lihat adalah pelbagai gaya unik Baki memasak dan berkongsi resepinya ala-ala makcik-makcik  dulu memasak.



Baki dilihat antara personaliti yang tidak takut kelihatan pelik apabila memuat naik wajahnya dalam keadaan apa sekali pun.

Terdahulu, beliau pernah memuat naik sebuah video yang dirakam di sebuah taman tema di Pulau Pinang yang menampilkan wajah beliau yang disifatkannya sendiri ‘macam beruk’.


Namun ternyata video itu membawa tuah kepadanya apabila dipilih sebagai salah seorang pemenang cabaran video ‘Sejuta Dollar’ yang dianjurkan syarikat GoPro.

Tak apa lah Baki oi.. asalkan bahagia dan tidak membawang kan? - KitaReporters

0
1
0
1
0
You will be interested