Seni & Sukan 02 May, 2020

Pos terima 770,000 bungkusan sehari! Posmen gigih bertugas!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

PERKHIDMATAN penghantaran barangan menerusi pos menjadi pilihan utama rakyat negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak berkuat kuasa 18 Mac 2020 lalu menyebabkan jumlah kiriman bertambah setiap hari. Akibatnya berlakulah timbunan bungkusan di pusat-pusat penghantaran. : KitaReporters 

Posmen seluruh negara bertugas seperti biasa walaupun musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Keadaan itu juga berpunca daripada peningkatan aktiviti pembelian dalam talian yang menjadi pilihan masyarakat masa kini, lebih-lebih lagi apabila sebahagian premis perniagaan tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Berikutan itu, ramai netizen menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap mutu perkhidmatan pos mel dan pos laju kerana mengalami kelewatan serahan kepada penerima sehingga menjadi runggutan ramai. 

Bagaimanapun, pengguna tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam pengurusan Pos Malaysia sehingga berlakunya perkara sedemikian yang turut menyusahkan pengguna. 

Sebenarnya, permintaan menghantar bungkusan (parcel) sepanjang tempoh PKP menyaksikan peningkatan mendadak susulan aktiviti pembelian dalam talian.

Pengurus Kanan Pick Up & Delivery Pos Malaysia, Mohd Azilah A Rahim berkata, pihaknya turut menerima peningkatan jumlah pesanan Pos Laju sebanyak 35 peratus sepanjang PKP ini. 

"Kami menerima sehingga 770,000 bungkusan sehari dan jumlah ini meningkat melebihi kapasiti biasa Pos Laju iaitu 350,000 bungkusan sehari.

"Aktiviti pembelian dalam talian yang menjadi pilihan sekarang," katanya. 

Sehubungan itu, Pos Malaysia meminta semua rakyat Malaysia bersabar  menanti barangan mereka. 

Ini berikutan viral dalam media sosial video timbunan bungkusan di pusat pemprosesan Pos Malaysia di KLIA menerusiTwitter. 

Video yang tular menunjukkan bungkusan pos tersadai di Pos Malaysia



Video itu dikongsi oleh Adell Mohd Noor dan kemudiannya di muat naik semula dalam Twitter @kaymanbeaustore. 

Tweet tersebut telah tular dan mendapat 21,000 retweets dan ramai orang dilihat terkejut dengan timbunan bungkusan yang ada di pusat pemprosesan tersebut. 

Bagaimanapun, Pos Malaysia telah menjawab kembali tweet @kaymanbeaustore dengan menyatakan tempoh PKP telah membataskan pergerakan mereka dan melambatkan urusan penghantaran bungkusan. 

Jawapan dari pihak pengurusan Pos Malaysia


“Untuk mana-mana yang bertanya kenapa barang still stuck and tak gerak dari KLIA HUB, korang kena tengok video ni. 

"Nilah sebab dia ya. Memang banyak barang stuck. Harap semua bersabar especially seller dan buyer,” itu antara penjelasan Pos Malaysia.

Sebelum ini pun Pos Malaysia sudah memaklumkan awal-awal lagi tentang kelewatan penghantaran bungkusan dan surat kerana pertambahan jumlah barangan semasa musim PKP, mungkin ramai yang terlepas pandang dan tidak membaca agaknya. 

Artikel sebelum ini :

 

Pemakluman oleh Pos Malaysia kepada pelanggan mengenai perkhidmatan musim PKP.


"Bila tengok video tu barulah ramai terkejut. 

"Namun itulah tugas Pos Malaysia dan seluruh posmen posmen di seluruh Malaysia, harapnya rakyat Malaysia terus bersabar ya. Lihatlah sendiri timbunan bungkusan. 

“Abam abam posmen tetap steady je, bersabar sahaja. 

"Harap pihak Pos Malaysia tambahlah sikit bonus kepada abam abam ini, barulah mereka semangat sikit, demikian pula respons sporting daripada posmen menerusi Facebook Friends Of Posmen.

Posmen tetap gigih dan bersemangat bertugas pada Ramadan dan musim PKP


Mohd Azilah berkata, sebenarnya Pos Malaysia dan Pos Laju mempunyai banyak pengalaman untuk menghadapi waktu kritikal seperti ini.

"Oleh itu, kami menambah fasiliti pemprosesan supaya semua barang yang diterima dapat diserahkan kepada pelanggan," katanya. 

Beliau berkata, berikutan peningkatan jumlah bungkusan dan waktu perniagaan disingkatkan sepanjang PKP, penghantaran dijangka mengalami sedikit kelewatan.

Biarpun melimpah barang kiriman tetap dibawa untuk serahan kepada penerima


Katanya, untuk memenuhi permintaan pelanggan, penghantaran turut dilakukan pada hari Ahad dan kakitangan serahan Pos Laju bertugas bermula 8.30 pagi hingga 7 petang.

"Khidmat tambahan ini mengelakkan berlaku lambakan bungkusan di pusat Pos Laju dan mempercepatkan proses penghantaran kepada penerima," katanya. 

 Beliau berkata, pihaknya juga menasihatkan pelanggan yang membuat pembelian dalam talian untuk menetapkan alamat rumah terkini.

Posmen tetap menjadi hero pada tempoh PKP ini.


Katanya, ini adalah kerana penyerahan tidak dapat dilakukan kepada premis pejabat atau perniagaan yang ditutup semasa PKP.

"Kami juga menggunakan perkhidmatan AskPos, ejen pintar maya dalam laman sesawang kami bagi memudahkan pelanggan kemas kini alamat," katanya. - KitaReporters

3
2
1
1
0
You will be interested