Seni & Sukan 21 Jun, 2020

Kasihan Che Ta! Zain Saidin masuk hospital dua kali! Kenapa?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

PELAKON ini masih muda malah 10 tahun lebih muda dari isterinya, Rozita Che Wan, 46, namun penyakit tidak mengenal usia. Bulan Jun ini sahaja memperlihatkan Zain Saidin, 36, terpaksa dimasukkan  ke hospital dua kali. Pertama kali pada awal Jun lalu dan belum pun dua minggu berlalu Zain sekali lagi dikejarkan ke sebuah pusat perubatan apabila mengalami sakit bahagian belakang. - KitaReporters

Zain Saidin dan Che Ta tetap romantis. - Kredit foto: Instagram @rozitachewan1.


Melalui posting yang dimuat naik oleh Rozita Che Wan atau lebih popular disapa Che Ta, suaminya itu sedang berehat setelah selesai menjalani pembedahan.

Beliau melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan Zain malah turut menitipkan kata-kata perangsang buat suami tercinta dengan ayat loghat Kedahnya  berbunyi  “Allah bagi kita sakit sesuai dengan daya tahan hambanya… banyak hikmah dan rahsianya.. Sabaq na sayang"


Kali pertama 'guru Inggeris' dalam sitkom  ‘Oh My English” ini dimasukkan ke hospital akibat jangkitan pundi kencing, namun bukanlah penyebab yang sama membawakan dirinya kembali dirawat buat kali kedua.

“Ingatkan mula-mula sakit disebabkan masalah sama tetapi doktor memberitahu kesakitan belakang yang dialami dipanggil ‘thinning disc’,” memetik wawancara Zain dalam laporan sebuah portal hiburan.

Pengikut Instagramnya  yang berjumlah 507K tentu sedia maklum bahawa suami Che Ta ini seorang yang rajin dan aktif bersenam di gim jadi tentu sekali timbul tanda tanya bagaimana mudah diserang sakit?

Zain Saidin sering aktif ke gimnasium. _ Kredit foto Oh Bulan.


Namun menurut Zain, kesakitan yang dialaminya mungkin berpunca disebabkan sering mengangkat berat ketika melakukan senaman di gimnasium.

“Setiap kali tengah rukuk waktu bersolat, saya akan terasa sakit pada bahagian belakang, Begitu juga jika saya kerap bangun dan duduk,” tambah Zain.

Pun begitu, menurutnya doktor yang merawat memberitahu keadaan yang dialami bukanlah penyakit kronik dan masih pada peringkat awal.

Kira belum tahap ‘slip disc’ sekadar ‘thinning disc’ sahaja lah.

Walau pun kesakitan yang dialami kata doktor, berada pada tahap normal namun ayah kepada anak comel, Aaisyah Dhia Rana ini disarankan menjaga pemakanan dan mengelak daripada mengambil makanan mengandungi kolestrol tinggi.

“Doktor beritahu bacaan kolestrol saya tinggi,” ujar Zain.

Namun, Zain tidak menanggapnya pelik waima sejarah keluarganya pun sering berdepan masalah sama berkaitan kolestrol tinggi.


Pernah juga menganggap sakit tidak akan datang bergolek dalam usia muda melainkan setelah berusia 40 tahun ke atas, beliau mengakui firasatnya itu meleset.

“Bila dah jatuh sakit sekarang, saya anggap ia suatu peringatan untuk kita berjaga-jaga walau pun saya aktif bersenam, sakit tetap datang,” tambah Zain.

Untuk rekod, kali terakhir dia dimasukkan ke hospital, kira-kira lima tahun lalu kerana pembedahan lutut.

Zain Saidin, 36, mencatatkan sejarah tersendiri dalam industri hiburan tempatan apabila mengahwini Rozita Che Wan pada 11 Disember 2013 dengan tajaan berjumlah RM13 juta, sekali gus menjadikan Che Ta sebagai ‘janda termahal’ dalam sejarah di Malaysia.

Sudah tentu ini juga namanya, jodoh tidak mengenali usia, segalanya peraturan Allah jua!  

Begitu pun, didoakan semoga Zain cepat sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga tersayang. Cuma, ingatlah selepas ini jangan angkat berat-berat lagi naa! - KitaReporters

2
2
7
2
3
You will be interested