Seni & Sukan 15 Sep, 2021

Kad ucapan, cenderamata untuk frontliners! Usaha KRT, Skuad Elit Jiran Wanita (Sejiwa) Hulu Langat

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Ahli Sejiwa dan KRT menyerahkan kad ucapan dan cenderamata kepada anggota bomba di Balai Bomba BTHO.


TUJUH Zon Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daerah Hulu Langat, Selangor menghargai jasa dan pengorbanan barisan hadapan pandemik Covid-19 menerusi Program Kad Ucapan Terima Kasih bersempena sambutan Hari Malaysia 2021 Negeri Selangor.

Program anjuran Skuad Elit Jiran Wanita (Sejiwa) bersama KRT daerah itu membabitkan Zon Balakong, Dusun Tua, Pandan, Ampang, Kajang, Sungai Ramal dan Semenyih bagi mengenangkan jasa barisan hadapan anggota polis serta bomba di Bandar Tun Hussein Onn serta Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, Selangor.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Bandar Tun Hussein Onn

Pengerusi KRT Suadamai BTHO, Profesor Dato Dr Abdul Rahim Mohamed (empat dari kanan) bersama-sama ahli KRT dan Sejiwa dalam majlis penyerahan kad ucapan dan cenderamata di Briged Tengah Pasukan Gerakan AM (PGA) Cheras, Selangor, pada 12 September 2021. 


Sejiwa bergabung dengan enam KRT iaitu Taman Cheras Jaya, Suadamai BTHO, Cheras Perdana Fasa 1 dan 2, Pangsapuri Cheras Utama 3, Taman Cheras Utama dan Bukit Angsana bagi menyediakan kad ucapan berkenaan dan barangan sumbangan.

KRT melalui Sejiwa menyerahkan kad ucapan dalam tiga bahasa termasuklah sumbangan barangan serta cenderamata terarium, pulut kuning, buah-buahan dan vitamin C di tiga lokasi barisan hadapan terbabit dalam majlis ringkas yang diadakan pada 12 September 2021 lalu.


Ahli Sejiwa menyerahkan sumbangan cenderamata dan kad ucapan kepada anggota polis di Balai Polis BTHO.


Program itu amat besar ertinya dalam menghargai sumbangan bakti barisan hadapan yang bertungkus lumus tanpa mengenal penat lelah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terus terpelihara sepanjang penularan pandemic Covid-19.

Dengan adanya penghargaan seperti program yang dianjurkan itu akan memberikan sedikit suntikan semangat kepada barisan hadapan untuk terus berbakti demi kesejahteraan negara.

Pengerusi KRT Suadamai BTHO, Profesor Dato Dr Abdul Rahim Mohamed melahirkan rasa bangga inisiatif yang dilakukan pasukan Sejiwa ibarat mewakili seluruh penduduk yang menyanjungi tinggi sertai menghargai pergorbanan barisan hadapan.

Beliau berkata, dalam situasi pandemik Covid-19 sekarang banyak aktiviti kemasyarakatan khususnya membabitkan bersemuka tidak dapat dilakukan dan kesempatan yang diambil pasukan Sejiwa menganjurkan program itu amat bertepatan dalam menzahirkan rasa terima kasih kepada barisan hadapan.

“Saya turut berasa terharu dalam keadaan terpaksa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pandemik Covid-19 ahli pasukan Sejiwa masih mampu bersepakat menyediakan kad ucapan, cenderamata dan barangan untuk disumbangkan kepada barisan hadapan,” katanya. - KitaReporters


Kad ucapan dan barangan cenderamata yang disumbangkan kepada barisan hadapan.

20
17
0
11
0
You will be interested