Seni & Sukan 25 Feb, 2023

Syabas Man United! Berjaya ke pusingan 16 terakhir Liga Europa! Kalahkan jaguh Sepanyol, Barcelona!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Kredit foto: Barcelona, Manchester United 


MANCHESTER United (Man U) mara ke pusingan 16 terakhir Liga Europa selepas mengalahkan gergasi Sepanyol, Barcelona secara agregat 4-3 dalam perlawanan kedua kelayakan yang berlangsung di Old Trafford pada 24 Februari 2023.

Man U yang bermain di halaman sendiri berjaya mencatat kemenangan 2-1 namun ia bukan tugas mudah apabila separuh masa pertama tuan rumah bergelut untuk mendapatkan jaringan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kelab Manchester United


Barcelona yang hadir ke Old Trafford perlukan kemenangan untuk layak dan berjaya berada di depan seawal minit ke-18 menerusi jaringan penalti Robert Lewandowski. 

Wakil Sepanyol ini terus menekan barisan pertahanan Man U dan hampir mendapatkan jaringan tambahan tetapi berjaya dinafikan beberapa kali oleh penjaga gol dan barisan pertahanan. 



Bermula babak kedua, skuad kendalian Erik ten Hag yang ketinggalan memperkemas rentak permainan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-47 menerusi pemain tengah mereka, Fred. 

Perlawanan terus rancak apabila kedua-kedua saling berbalas serangan untuk mendapatkan jaringan. Peluang hadir juga kadang-kala gagal disempurnakan dengan baik oleh barisan hadapan. 

Pemain gantian Man U, Antony yang masuk separuh masa kedua menjadi wira apabila jaringan beliau pada minit ke-73 memberi kelebihan buat tuan rumah berada di hadapan. 

Jaringan tersebut kekal sehingga tamat permainan meskipun 10 minit terakhir Barcelona menyerang bertubi-tubi namum gagal mendapat jaringan sekali gus Man U meneruskan rentak ke pusingan seterusnya. - KitaReporters


Kredit Foto : Barcelona, Manchester United  

9
10
0
17
0
You will be interested