Seni & Sukan 11 Dec, 2023

Video| Cantik gila macam ni! Peminat teruja lihat Aina Abdul berpakaian sederhana! Sweet, elegant!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Sebut sahaja Aina Abdul atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani, pasti terus terbayang busana pelik-pelik yang dipakainya selain vokalnya yang tinggi. Namun, itulah trademark penyanyi berasal dari Johor Bahru ini. Bukan Aina Abdul kalau tidak berpakaian pelik ketika menghadiri sesuatu majlis.

Sebagai figura dikenali ramai, Aina Abdul mempunyai jutaan peminat dan tak kurang juga haters. Setiap apa yang dilakukan terutama bab pakaian, pasti mendapat tumpuan. Suka atau tidak, itu bukan penghalang untuknya terus berkarya sama ada dalam muzik atau pakaian.



Bergelar penyanyi dan juga komposer, tidak dapat dinafikan pelantun lagu Semalam ini sering menjadi ikutan dan kegilaan anak-anak muda. Lihat sahaja konsertnya pada 18 November 2023 lalu yang mendapat sambutan hangat.

Malah, konsert itu juga berdepan pelbagai kontroversi apabila didakwa menarik golongan peminat lelaki berpakaian wanita atau lebih dikenali sebagai LGBT (lesbian, gay, biseksual, transeksual). Semuanya dikatakan kerana terpengaruh dengan imej pakaian yang dibawa oleh penyanyi ini.


Fesyen pelik yang dibawa oleh Aina sering kali mendapat kritikan.


Ramai juga yang mahukan Aina berpakaian biasa atau sederhana kerana dikatakan lebih cantik. 

Justeru apabila Aina Abdul berkongsi gambarnya memenuhi undangan nyanyian di majlis perkahwinan pada 9 November 2023 lalu, ramai terkejut dan teruja melihat pakaiannya.



“Terima kasih @muzaffarjakel @aryanakeyes @luqmanjakel @jakeltextile sudi menjemput Aina ke majlis perkahwinan anda. Wishing you both love, laughter and happily ever after!” tulisnya.

Tiada lagi busana pelik menyarung tubuhnya. Hanya kurung moden berwarna merah jambu yang menyerlahkan keanggunannya sebagai wanita. 

Rata-rata netizen memuji kesederhanaan tersebut. Menurut mereka, Aina kelihatan sangat cantik. “Cantik gila Aina pakai macam ni,” tulis peminatnya.



Sebelum ini, Aina pernah menjelaskan kenapa dia suka berpakaian pelik. Menurutnya, dia tidak boleh hanya bergantung pada kekuatan vokal semata-mata untuk dikenali. 

Menjadikan Lady Gaga sebagai rujukan, strategi Aina sebenarnya dilihat berjaya dan mencapai matlamat.

Namun, sekali-sekala melihat dia berpakaian biasa, sudah pasti ia sesuatu yang segar dari pandangan mata peminat. 

Setiap orang ada cita rasa tersendiri. Jadi, raikan kepelbagaian itu dan teruslah menyokong penyanyi yang anda minati. - KitaReporters


18
13
0
14
0
You will be interested