Walaupun sudah menjadi salah seorang penyanyi yang berjaya di Malaysia dan telah mencipta nama di negara China, namun Shila Amzah, 32, mahu menguji kebolehannya dengan menyertai pertandingan seperti ‘Gegar Vaganza 9’ (GV9).
Stesen TV Astro Ria mengubah format GV bermula dengan GV9 dengan membenarkan penyanyi yang masih aktif membuat lagu turut bertanding.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program Gegar Vaganza
Sejumlah peminatnya mempertikai kesediaan Shila menyertai pertandingan realiti ini untuk mengejar hadiah utama RM100 rIbu. Mereka juga menganggap ia boleh menjejaskan reputasinya selama 22 tahun sebagai anak seni jika tewas.
Namun bagi Shila atau Nurshahila Amir Amzah, dia melihat GV9 sebagai platform terbaik buat dirinya untuk terus berkarya sebagai penyanyi.
Menurut Shila dia tidak mengejar hadiah, sebaliknya hanya untuk menguji kemampuannya kerana ia diadili juri profesional sepenuhnya iatu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.
Katanya ketika sudah bergelar artis rakaman, dia telah menyertai pelbagai pertandingan termasuk di China.
Barisan juri profesional... Dari kiri, Ramli M.S, Hetty Koes Endang dan Syafinas Selamat
Shila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan 13 peserta GV9 yang akan mula bersiaran pada 18 September 2022 ini di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor.
Sementara itu, menurut Shila, meskipun sudah terbiasa menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sebelum ini, perasaan gemuruh tetap ada selain bimbang persembahannya tidak mencapai tahap sehingga dikecam oleh penonton.
Ketika dihubungi pihak penganjur, Shila mula-mulanya teragak-agak untuk memberi persetujuan. Namun setelah berfikir lanjut dan mendapat pandangan sejumlah sahabat akhirnya dia memberi persetujuan.
Baginya GV7 bakal memperlihatkan persaingan sengit dan sihat antara para peserta.
Namun ketika ditanya siapa saingan terhebatnya, Shila menyebut nama Jaclyn Victor dan Dina Nadzir yang merupakan juara dan naib juara ‘Malaysian Idol’ musim 1 pada 2004 terbitan TV8.
Sementara Shila sendiri menjadi naib juara ‘One In A Million’ (OIAM) musim 2 tahun 2007. Ketika itu Shila tewas kepada Ayu Damit.
DINA NADZIR
Shila berkata, beliau akan memastikan memberi persembahan terbaik setiap minggu yang bakal menampil genre lagu berbeza.
Walaupun tidak menjadi juara, Shila akan memastikan dirinya berada dalam 6 penyanyi terpilih bertanding dalam episod akhir.
Sementara itu, Jaclyn dan Dina turut mengakui Shila adalah persaing paling mencabar.
Ini menjadikan GV9 bakal mendatangkan saingan sengit para peserta dan bakal akan berlaku kejutan tertentu. - KitaReporters