Industri perfileman negara menerima lonjakan semangat baharu apabila Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) mengumumkan sokongan Dana Kandungan Kreatif (DKK) berjumlah RM1 juta yang bakal menjadi milik mutlak pemenang kategori Filem Terbaik.


Teo Nie Ching merasmikan FFM34 bertempat di Hotel Primiera Kuala Lumpur semalam. Foto: RAFI (FINAS).
Pengumuman ini dibuat sempena majlis perasmian serta pengumuman calon ‘Top 5’ oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching bertempat di Hotel Primiera Kuala Lumpur pada malam 6 Oktober 2025.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komuniti Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Kommunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Hussein; Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac; Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifudd in Mutalib; dan Presiden Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA), Pansha.
Lima calon yang disenarai pendek bagi Anugerah Filem Terbaik adalah 'Babah', 'Blood Brothers: Bara Naga', 'Reversi', 'Takluk: Lahad Datu' dan ''Soloz: Game of Life.

Filem manakah yang bakal meraih kemenangan DKK RM1 juta bakal diketahui pada Malam
Malam Anugerah FFM34 yang dijadualkan berlangsung pada 1 November 2025, jam 8.30 malam. di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, dan disiarkan secara langsung di TV2 RTM serta saluran YouTube FINAS.
Sambutan terhadap FFM34 amat memberangsangkan dengan jumlah keseluruhan 90 pencalonan diterima, merangkumi 41 filem cereka, 26 filem pendek, dan 23 dokumentari.
Angka ini menggambarkan keyakinan penggiat industri terhadap prestij festival tersebut serta potensi sinema negara.

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman (kanan) menerima tanda penghargaan sebagai penyiar rasmi - RTM.
Sehingga 30 Jun 2025, industri filem tempatan telah mencatatkan kutipan RM162.89 juta
hasil tayangan 39 buah filem cereka -- satu peningkatan yang sangat membanggakan berbanding RM125.28 juta pada 2024 dan RM102.66 juta pada 2023.
Pencapaian ini berjaya melepasi sasaran kutipan box office berganda berbanding tahun lalu (2024).
"Kejayaan filem-filem seperti Blood Brothers, Sheriff dan Ejen Ali yang menembusi pawagam Singapura, Indonesia, Brunei serta Kemboja juga membuktikan potensi rantau ASEAN yang mencetuskan fenomena di pawagam," ujar Teo Nie Ching dalam ucapan perasmiannya.

Dan dalam usaha mengiktiraf lebih meluas tenaga kreatif di sebalik tabir, FFM34 yang bertemakan “Karya Kreatif, Sinema Dinamik” turut memperkenal kategori baharu iaitu Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik.
Kategori baharu ini menyaksikan lima calon terbaik terdiri daripada Ayez Shaukat (Kahar Kapla High Council); Roslan Zainuddin (Baik Punya Along dan Laknat); Ubbaidillah Amirzan (Blood Brothers: Bara Naga dan Michael Chuah bagi filem 'Redemption'.
Kategori ini diwujudkan selaras dengan piawaian antarabangsa bagi menghargai keberanian dan profesionalisme kru serta pelakon aksi yang menjayakan adegan berisiko tinggi.
Platform pengiktirafan tertinggi kepada penggiat seni layar negara ini akan menganugerahkan pemenang bagi 27 kategori utama dengan wang tunai RM5,000 berserta trofi manakala pemenang Anugerah Khas bakal menerima RM10,000 dan trofi.

Majlis turut diserikan dengan persembahan dari Noh Hujan dan Azlan The Typewriter serta penghargaan kepada RTM dan rakan-rakan strategik lain yang menjayakan FFM34 tahun ini (2025), dihadiri ramai artis antaranya Fauziah Dato Ahmad Daud (gambar bawah, tengah) bersama kakitangan FINAS selaku penganjur.

Selain hadiah wang tunai, FFM34 juga menyediakan hadiah berjumlah RM20,000 dalam bentuk sewaan dan penggunaan fasiliti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk tujuh (7) kategori.
Kategori tersebut merangkumi Pengarah Harapan, Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Pengarah Terbaik, Dokumentari Terbaik, Filem Terbaik, serta Filem Pendek Terbaik.



Bagi menghargai jasa tokoh seni yang telah mencorakkan perjalanan sinema tanah air, FINAS turut menganjurkan Program Sisipan, iaitu Program Tribute: Penghargaan kepada Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara.
Antara tokoh-tokoh yang diraikan termasuklah Seniwati Datin Rosnani Jamil, Seniwati Ruminah Sidek, Dato’ Rahim Razali serta Othman Hafsham.


Sementara itu, siapakah agaknya pelakon wanita dan lelaki terbaik yang bakal dinobatkan tahun ini (2025) -- antara Sofea Jane (Mencari Ramlee) Nabila Huda (Telaga Suriram); Khadijah Tan (Jangan Pandang Belakang, Aku Tahu Asal Usulmu); Maya Karin (Telaga Suriram) serta pelakon muda, Sweet Qismina (Babah)?
Manakala pelakon lelakinya mungkin kah sekali lagi milik pemenang FFM33, Beto Kushairy (Reversi) atau berpindah ke tangan Sharnaaz Ahmad (Blood Brothers: Bara Naga), Tony Eusoff (Mencari Ramlee); Qi Razali (Babab) mahu pun Aeril Zafri untuk lakonannya dalam filem 'Laknat'.

Sharnaaz Ahmad dan Shafiq Yusof (kanan) antara calon 'Top 5' untuk filem 'Blood Brothers: Bara Naga'.
Selain itu siapa pula Pengarah Terbaik antara Dain Said (Kulit Wayang); Zulkarnain Azhar (Takluk: Lahad Datu); Razaisyam Rashid (Kahar Kapla High Council); Syafiq Yusof & Abhilash Chandra (Blood Brothers: Bara Naga) dan Syafiq Yusof. sekali lagi dan kali ini untuk filem "Soloz: Game of Life.

Diteliti daripada senarai calon Filem Terbaik mungkin kah Syafiq Yusof ada peluang besar memandangkan beliau mempunyai dua buah filem iaitu "Soloz: Game of Life' dan 'Blood Brothers: Bara Naga' yang berkongsi arahan bersama Abhilash dan mampu kecewakan filem 'Takluk: Lahad Dat' arahan Zulkarnain Azhar atau pun 'Babah' yang pengarahnya, Mohd Shah Faizul Ibrahim gagal dalam senarai 'Top 5"?
Yang pasti semua nama karyawan yang bertanding hebat-hebat belaka....Kita nantikan jawapannya pada 1 Novermber 2025 nanti ya! - KitaReporters

Senarai 'Top 5' yang lainnya:












