Seni & Sukan 02 Aug, 2022

Video| Terbaiklah Muhammad Khuzaimie! Rider pusing satu Puchong bawa warga emas sesat! Cari rumah!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


SEORANG rider yang menghantar makanan dilihat sedang membawa seorang warga emas yang menahannya untuk meminta tolong menghantarnya pulang semula ke rumahnya.

Tetapi mengikut perkongsian rider bernama Muhammad Khuzaimie Lemat ini di dalam sebuah video Tiktok yang tular, pada mulanya warga emas menahannya untuk menumpang balik ke rumah. Apabila ditanya, dimanakah beliau tinggal, warga emas ini hanya memberitahu nombor rumah sahaja.

Tambahnya bagaimana beliau hendak tahu rumah warga emas ini kerana Puchong ini mempunyai banyak taman, maka bagaimana dia boleh mengetahui rumah warga emas ini?


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penghantar makanan


"Auntie tinggal kat mana?... Jauh sangat," katanya kepada pemuda ini.

Oleh kerana beliau sudah membonceng warga emas ini tanpa topi keledar selama setengah jam, beliau membuat keputusan untuk menghantarnya ke balai polis berdekatan kerana nenek tua itu mungkin sudah lupa ingatan.

"Saya dah tak ada idea nak bawa auntie ni pergi mana lagi, dengan helmet tak ada lagi," katanya.

Muhammad Khuzaimie menerangkan kepada warga emas tersebut bahawa beliau akan menghantarnya ke balai polis dan beliau sangat bersetuju.



Dalam video yang seterusnya, pemuda ini menyatakan pihak polis sedang mencari siapa waris kepada warga emas ini untuk dihubungi. 



Seterusnya kelihatan warga emas ini melambai ke arah pemuda ini sebaik sahaja ahli keluarganya membawanya pulang dalam sebuah kereta.

Kata Muhammad Khuzaimiei, ini adalah momen paling manis sebagai seorang rider sepanjang mencari rezeki. "Ini adalah pertama kali seseorang mengikuti saya menghantar makanan,"

Semoga murah rezeki selalu dan rider ini mempunyai hati yang sangat baik dan tulus membantu warga emas ini. - KitaReporters



10
11
0
10
0
You will be interested