Seni & Sukan 31 Oct, 2022

Video| Semakin sukar diduga! Bob Yusof menyerlah! Tom tersingkir! Hari ulang tahun kelahiran ke-36!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Bob Yusof semakin menyerlah dan menjuarai minggu ke-7 GV9.

SEMAKIN mendekati ke final GV9 semakin sukar diduga penyanyi. Semakin bertambah peserta yang memperlihat peningkatan persembahan

Dalam minggu ke-7, yang bertema ‘Merentas Masa Kencang Selamanya’, Bob Yusof memperlihatkan kemampuan mencabarnya dengan menjadi juara dengan memperoleh 85.60 markah setelah menyampaikan lagu ‘Kasih’ yang dipopular Datuk Sudirman Arshad.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program TV Gegar Vaganza


Shila Amzah dan Tomok sekadar di tempat ke-2 dan ke-3.

Bagaimanapun Dina Nadzir yang kematian ayah pada minggu lalu, berjaya memberi persembahan bertenaga bagi lagu  ‘Lady Marmalade’ nyanyian asal Labelle.


Shila Amzah menduduki tangga ke-2.

Persembahan Jaclyn Victor (Jac) seperti yo-yo apabila hanya berada pada tangga ke-6. Persembahannya menyampaikan lagu ‘Di Mana Kan Ku Cari Ganti’ dendangan Tan Sri P Ramlee kurang menarik para juri.

Jac pernah menduduki tempat kelima pada minggu ke-3 dan ke-4.

Persembahan VE sebagai penyanyi berkumpulan pula bertambah baik dan diberi pujian oleh juri.


Tomok turun ke tangga ke-3


Berdasarkan cara penjurian GV sebelum ini, hanya enam peserta akan melangkah ke peringkat akhir iaitu pada minggu ke-10.

Dua penyanyi yang sudah beberapa kali berada dalam kalangan tiga peserta dalam senarai akhir iaitu Hazrul Nizam, Asheed Def Gab C dan Fuad Rahman.

Mungkin ada dalam kalangan mereka bakal menjadi peserta yang bakal tersingkir pada peringkat suku akhir dan separuh akhir. Namun bukan mustahil juga bahawa ada dalam kalangan mereka mampu melangkah ke peringkat akhir dengan menyingkirkan peserta favourit.

Namun dijangka pada peringkat separuh akhir akan menjadi persaingan sengit kerana masing-masing tidak mahu tersingkir.


 

Tom mengucap selamat tinggi setelah menerima markah terendah.

Pada minggu ke-7, Tom (Raja Farah Afzal Raja Ikram) terpaksa mengucap selamat tinggal kepada GV9. Ia sepatutnya menjadi hari berbahagia bagi ulang tahunnya yang ke-36, sebaliknya berita sedih yang diterima.  

Menurut ketua juri, Datuk Ramli MS, Tom hanya menyampaikan lagu ‘Akhirnya Kini Pasti’ nyanyian asal Anita Sarawak sekadar ‘meniru’ tanpa ada improvisasi  sendiri. Tom hanya memperolehi  55.20 markah.

Dalam minggu ke-7, Datuk Syafinaz Selamat tidak muncul kerana perlu membuat persembahan di Malam Kemuncak Sri Angkasa 2022 di PICA. Tempatnya diganti oleh isteri Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa.

Elly Mazlein mengejutkan hadirin apabia muncul dengan memakai kerusi roda dan menjadi bahan gurauan hos bersamanya Nabil Ahmad.

Difahamkan, Ely Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom mengalami cedera pada bahagian lutut kritikal menjalani penggambaran sebuah drama. - KitaReporters

Berikut ialah kedudukan peserta dalam GV minggu ke-7:

1. Bob Yusof (85.6 markah)

2. Shila Amzah (84.1)

3. Tomok (81.5)

4. Dina Nadzir (77.1)

5. VE (76.7)

6. Jaclyn Victor (76.4)

7. Hazrul Nizam (68.7)

8. Asheed Def Gab C (60.3)

9. Fuad Rahman (57.8)

10. Tom (55.2) - tersingkir


17
9
0
8
0
You will be interested