Seni & Sukan 19 Oct, 2022

Video| Wanita baik hati! Selamatkan anjing dirantai di rumah kosong! Terbiar tanpa makan! Rasa sebak!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


TINDAKAN seorang wanita memberi makan kepada anjing dan menyelamatkannya yang kelihatan terbiar tanpa makanan serta dirantai di sebuah rumah kosong yang terbiar menjadi tular sehingga meraih lebih empat juta tontonan dalam media sosial.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @juliaritanordin, kelihatan seekor anjing dalam keadaan menyedihkan diikat di sebuah rumah kosong serta diberi makan oleh wanita itu yang memberikan beberapa ketul ayam dan minuman susu sebelum dibawa ke klinik veterinar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan anjing-anjing



Kenapa la ikatnya di sini tanpa dipantau dan tidak diberi makan,” katanya.

Meninjau dalam ruangan komen, pengguna media sosial turut berasa sebak melihat keadaan haiwan itu serta mengucapkan terima kasih kepada wanita itu di atas kebaikannya.



“Kadang-kadang tindakan seperti ini merupakan asbab kita ke syurga,” jelas @Polkad.

“Allahuakbar, kelihatan seperti sudah lama dia terikat di situ,” ujar @ErynRahman.

“Comelnya, terima kasih kak kerana bantu anjing inj,” tulis @JuneCteeSsi. - KitaReporters


12
12
0
15
0
You will be interested