Seni & Sukan 18 Oct, 2022

Video| Persaingan GV9 kian sengit! Jaclyn Victor semakin menonjol! Pat Candy ucap selamat tinggal!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Antara peserta GV9 minggu ke-5

PERTANDINGAN nyanyian realiti Gegar Vaganza musim 9 (GV9) semakin sengit. Memasuki pertengahan pertandingan iaitu minggu ke-5 pada Ahad, 16 Oktober 2022, para peserta cuba memperlihat persembahan terbaik mereka. 

Pertandingan pada minggu ke-5 seperti memperlihatkan peserta mana yang bakal tersenarai ke peringkat akhir dan siapa juara GV9 nanti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program Gegar Vaganza

Gandingan mantap Jaclyn Victor dan Aina Abdul


Jaclyn Victor (Jac) terus memperlihat kemampuan pengawalan vokal yang baik dan mampu bergandingan baik dengan  penyanyi vokal memukau, Aina Abdul dalam lagu ‘Cinta’ yang dipopular oleh Marsha Milan.

Gandingan Jac dan Aina Abdul sebagai persembahan terakhir telah menggamatkan Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam. 

Malahan ketiga-tiga juri, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat kagum dengan persembahan kedua-duanya. Malah Hetty turut memberi tepukan berdiri (standing ovation).


Tomok berpasangan dengan Suki Low membawa lagu 'Kau Mawarku'

Atas persembahan cemerlang itu, Jac berjaya mengumpul markah tertinggi setakat ini iaitu 92.4 peratus. Ia mengatasi markah 85 dalam minggu ke-4. 

Shila Amzah walaupun mampu menduduki tempat kedua, namun cuma mendapat 82.20 ialah ketinggalan 10.2 markah berbanding Jac.

Tempat ke-3, ke-4 dan ke-5, dimenangi Fuad Rahman (81.70), Bob Yusof (81.40) dan Tomok (79.20).


Bob Yusof berduet dengan Zizi Kirana

Sementara Tom yang menduduki tangga ke-2 terendah pada minggu sebelumnya berjaya memperbaiki persembahan dengan menduduki tempat ke-6 (76.4 markah) setelah mendapat gandingan mantap iaitu Muss May dalam lagu ‘Senja Nan Merah’ nyanyian asal Awie dan Ziana Zain.

Pat Candy yang terselamat pada minggu ke-4, akhirnya terpaksa mengucap selamat tinggal kepada GV9 kerana berada di tempat terakhir dengan cuma memperoleh 58.40 markah.  

Ketua juri, Ramli MS beranggapan Pat Candy gagal memberi nyanyian yang baik ketika berduet dengan Aepul Roza Drama Band dalam lagu ‘Babak Pertama’.   


Tom banyak dibantu kekuatan vokal Muss May


Jac juga memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang wang tunai RM1,000 serta barangan Adabi bernilai RM500. 

Sementara itu, Anugerah Juara Next Level Digi untuk minggu kelima pula dimenangi Hazrul Nizam berdasarkan undian peminat dan membawa pulang wang tunai RM1,000. 

Bob Yusof memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian tertinggi dan membawa pulang produk jenama tersebut.


Pat Candy mengucap selamat tinggal kepada GV9

Kemunculan semula Nabil Ahmad berganding dengan Elly Mazlein kembali menceriakan persembahan GV9.

Sementara itu Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin muncul menyampaikan lagu tema Farm Fresh yang baharu selaku penaja utama GV9. - KitaReporters

Siti Nurhaliza menyanyikan lagu tema baharu Farm Fresh

Berikut adalah kedudukan peserta pada minggu keempat GV9:

1. Jaclyn Victor – 92.40

2. Shila Amzah – 82.20

3. Fuad Rahman – 81.70

4. Bob Yusof – 81.40

5. Tomok – 79.20

6. Tom – 76.40

7. VE – 76.00

8. Hazrul Nizam – 73.90

9. Dina Nadzir – 67.60

10. Asheed Def Gab C – 66.20

11. Pat Candy - 58.40 (tersingkir)

18
16
0
11
0
You will be interested