Gaya Hidup 02 Oct, 2022

Video| Tragedi 1 Oktober! 127 maut dalam rusuhan penyokong bola sepak! Persebaya tewaskan Arema FC!

@jamliah abdullah
Penulis konten & pemberita sambilan. Cintai alam semula jadi & makanan. Suka menulis untuk membantu yang memerlukan. Anda punyai kisah menarik untuk dikongsi, emelkan ke jamliah.bismi18@gmail.com

Share this



BERITA dinihari dari negara jiran kita pada Sabtu (1 Oktober 2022) mengejutkan dunia terutama persada bola sepak

Sebanyak 127 penonton dikhabarkan terkorban dalam tragedi rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang di Jawa Timur, Indonesia.

Kebanyakan mangsa adalah penyokong bola sepak yang menyaksikan perlawanan dua kelab gergasi negara itu, Arema FC, yang merupakan tuan rumah dan Persebaya dari Surabaya.

Dua anggota polis turut terkorban ketika meleraikan rusuhan tersebut. Sementara itu, korban dijangka meningkat dengan 180 lagi masih dirawat di hospital.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan insiden-insiden rusuhan

Rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang di Jawa Timur Indonesia kini disifatkan yang terburuk dalam sejarah bola sepak dunia. 



Berita sedih itu disahkan oleh Ketua Polis Jawa Timur, Nico Afinta dalam satu sidang media pada awal pagi Ahad, 2 Oktober 2022.

“Mengimbas rusuhan yang terjadi di gelanggang Arema lawan Persebaya, keseluruhan 127 orang meninggal dunia, dua di antaranya petugas polis, 34 meninggal dunia di stadium, baki di hospital," kata Nico Afinta.


Tragedi berdarah bola sepak di Jawa Timur, Indonesia 


Dilaporkan secara meluas oleh media Indonesia, insiden di Kanjuruhan bermula daripada kemarahan penyokong tuan rumah yang tidak dapat menerima kekalahan Arema FC kepada Persebaya, 2-3 dalam perlawanan liga utama bola sepak negara itu.

Rusuhan bermula usai perlawanan tamat pada pukul 10 malam apabila penyokong mengamuk dan merempuh masuk ke gelanggang namun dihalau oleh polis.

Tembakan gas pemedih mata ke arah penyokong mengakibatkan penonton mula panik dan keadaan menjadi kucar kacir. Ia sekali gus mengakibatkan penyokong mula bertolak-tolak antara satu sama lain sehingga mengalami sesak nafas.


Kebanyakan yang terkorban adalah penyokong.

Kesudahannya rusuhan merebak dari dalam stadium hingga ke luar malah sekitar Kanjuruhan.

Sejumlah lapan kenderaan polis turut dirosakkan dan dibakar oleh perusuh di pekarangan stadium itu.

Kesan daripada tragedi itu arena bola sepak Indonesia terutama Arema FC dijangka menerima hukuman hebat daripada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

Hukuman dijangka lebih berat apabila banyak pihak mula mempertikaikan penggunaan gas pemedih mata yang dilarang dalam perlawanan bola sepak oleh FIFA.



Apa pun tragedi di Jawa Timur itu kini disifatkan yang terburuk dalam sejarah bola sepak dunia

Tragedi yang sama di Stadium Hillsborough, England pada 15 April 1989 meragut 96 nyawa yang kebanyakannya penyokong kelab Liverpool. - KitaReporters


Lapan kenderaan polis dirosakkan dan dibakar.

13
20
0
12
0
You will be interested