Seni & Sukan 16 Oct, 2022

Video| Inilah sahabat sejati! Sekumpulan sahabat kumpul duit! Untuk hadiahkan laptop kepada kawan!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


USAHA sekumpulan sahabat lelaki mengumpul sejumlah wang RM1,600 bagi pembelian laptop untuk dihadiahkan kepada rakan mereka yang akan melanjutkan pengajian telah menjadi tular sehingga meraih lebih dua juta tontonan dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @5cammers, kelihatan momen sebak rakan mereka mengesat air mata setelah menerima hadiah laptop itu daripada rakan-rakannya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan keindahan persahabatan


Sedikit hadiah kecil untuk kawan kita sambung belajar. Hasil kutipan daripada semua dapatlah belikan hadiah yang tak seberapa ini,” kongsinya.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa terharu dengan nilai persahabatan yang ditonjolkan oleh sekumpulan sahabat itu kepada rakan mereka yang akan menuntut ilmu di menara gading.




“Jaga persahabatan kamu semua hingga ke anak cucu, percayalah lepas zaman belajar semua akan hilang, jaga dari sekarang,” ujar @PortMakanMelaka.

“Sebab itu kena berkawan dengan orang-orang baik,” jelas @luqmanlaw.

“Wahh laptop, sangat besar makna hadiah ini. Semoga dimurahkan rezeki adik-adik semua, belajar elok-elok,” kata @Snhdyh . - KitaReporters


5
10
0
12
0
You will be interested