Seni & Sukan 04 Oct, 2022

Video| GV9 minggu ke-3 paling gempak! Shila menyerlah, Haida tersingkir! Asheed paling mengasyikkan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

GEGAR Vaganza musim ke-9 (GV9) minggu ke-3 semakin menggegarkan dan dirasakan kian gempak

Melalui tema ‘Lagu Pilihan Netizen’ dengan 75 peratus penyanyi terpaksa menyampaikan lagu bergenre dangdut baik bercorak dangdut tradisional, pop atau deli.

Bagi para peserta ia merupakan ‘cabaran hebat’ kerana mereka tidak pernah menyanyi dan menari dangdut

Sehubungan itu, Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam gamat dengan sorakan penonton menyaksikan aksi para peserta menyanyi dan menari dangdut.

Aksi penyanyi-penyanyi yang kebanyakannya tidak pernah berdangdut cukup menghiburkan penonton termasuk penonton di rumah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pertandingan Gegar Vaganza


Ketiga-tiga juri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat turut terhibur melihat aksi mereka. 

Persembahan paling memikat dilakukan oleh Asheed Def Gab C. Beliau memberikan persembahan yang mengasyikkan menurut juri Syafinaz.

Asheed menghilang rasa gementarnya dengan melakukan pembaharuan terhadap lagu ‘Yang Penting Happy’ yang dipopularkan oleh Jamal Mirdad pada tahun 1990-an.

Mengubah tempo menjadi rancak di pertengahan lagu membuat penonton dan juri gamat. Hasilnya Asheed berjaya menduduki tempat ke-4 dengan memperoleh 71.60 markah.


Asheed tampil aksi memukau dengan mendapat tempat ke-4

Jac mencuba membawa lagu 'Janda atau Dara' dengan gaya tersendiri dan berpuas hati beraa di tempat ke-6


Jaclyn Victor yang tidak pernah menyanyi dan menari dangdut mengamatkan penonton ketika menyampaikan lagu ‘Perawan Atau Janda’ yang dipopular oleh Cita Citata.

Jaclyn berpuas hati mendapat tempat ke-5 dengan memperoleh 71.4 markah.

Shila Amzah pula memperlihat kemampuan bakal bergelar juara apabila membuat persembahan memukau untuk lagu yang dipopularkan oleh Itje Trisnawati pada tahun 1980-an kemudian dipopular oleh gandingan Amelina dan Sheeda pada tahun 2000-an.

Hasilnya Shila berjaya menjadi juara minggu ke-3 dengan memperoleh 78.80 markah.


Shila Amzah kembali menyengat untuk menjadi juara minggu ke-3.


Bob Yusof semakin mantap persembahannya ketika menyampai lagu ‘Zalikha’ yang dipopularkan oleh Floor 88 yang bercorak dangdut pop dan berjaya menduduki tempat ke-2 dengan memperolehi 77.3 markah.

Satu lagi persembahan dangdut yang menghiburkan penonton ialah bila Tom mendendang ‘Goyang Inul’ dengan gaya yang dianggap sebagai janggal. 

Menurut juri, Hetty Koes Endang lagu yang dipopular Inul Daratista yang sudah ‘merakyat’ perlu ditekan pada bahagian ‘irama Sunda’nya, bukan setakat melolong tinggi sahaja.

Hetty turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana semakin meminati irama dangdut.

Tiga lagu yang tidak berirama dangdut  ialah ‘Dari Sinar Mata’ (VE), ‘Cinta Gila’ (Candy) dan Nang (Haida).


Nabil Ahmad kembali muncul sebagai pengacara bersama Elly Mazlein

Akhir Haida Hasnan, 44, terpaksa mengucap selamat tinggal apabila menduduki tempat terakhir dengan memperoleh 53.4 markah. 

“Saya telah berusaha sehabis baik untuk menyampaikan lagu pilihan peminat ini dan apa yang berlaku pada malam ini, saya okey.

“Apa yang penting saya sudah mencuba sehabis baik dan semampu diri. GV9 memberikan saya peluang untuk meneroka sisi berbeza dan mempersembahkan sesuatu yang peminat belum pernah dengar daripada kita,” kata Haida kepada media selepas pertandingan berakhir.



Sementara itu, Shila sebagai pemenang utama turut memenangi anugerah ‘Bintang Memukau Adabi’ dan membawa pulang wang tunai RM1,000 serta barangan Adabi bernilai RM500.

Anugerah ‘Juara Next Level Digi’ untuk minggu kedua pula dimenangi Fuad Rahman berdasarkan undian peminat dan membawa pulang wang tunai RM1,000.

Sementara itu, Tomok memenangi Anugerah ‘Bintang Cuckoo Paling Gempak’ berdasarkan undian tertinggi dan membawa pulang periuk serba guna bertekanan tinggi Cuckoo bernilai RM2,700. - KitaReporters


Berikut adalah kedudukan peserta pada minggu ketiga :

1. Shila Amzah – Secangkir Madu Merah (78.80 %)

2. Bob Yusof – Zalikha (77.30%)

3. Hazrul Nizam – Fatwa Pujangga (71.90%)

4. Asheed Def Gab C – Yang Penting Happy (71.60%)

5. Jaclyn Victor – Perawan Atau Janda (71.40%)

6. Tomok – Hukum Karma (66.80%)

7. Fuad Rahman – Gadis Melayu (65.90%)

8. VE – Dari Sinar Mata (61.90%)

9. Dina Nadzir – Laksamana Raja Di Laut (61.70%)

10. Pat Candy – Cinta Gila (56.70%)

11. Tom – Goyang Inul (55.50%)

12. Haida – Nang (53.4%)


11
17
0
14
0
You will be interested