Seni & Sukan 27 Oct, 2022

Piala Malaysia 2022: Negeri Sembilan bangkit tewaskan Kedah FC! Selangkah layak pusingan suku akhir!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Negeri Sembilan FC berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas tuan rumah, Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Piala Malaysia 2022

Kedah selaku tuan rumah gagal mengambil kesempatan untuk mencari kemenangan sebaliknya menerima kekalahan keenam berturut-turut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Malaysia

Kredit foto-foto: FB KDA FC


Bagaimanapun, Kedah berjaya membuka tirai jaringan terlebih dahulu pada minit ke-7 menerusi Fayadh Zulkifli Amin selepas penjaga gol Negeri Sembilan, Syihan Hazmi tidak menangkap kemas percubaan itu.  

Kedah dan Negeri Sembilan terus berbalas serangan namun keadaan padang yang hujan menyebabkan rentak permainan sedikit terencat dalam melakukan hantaran. 

Skuad kendalian K. Devan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-41 menerusi Che Rashid Che Halim menerusi tandukan untuk menewaskan penjaga gol Kedah. 

Biarpun hujan berhenti pada separuh masa kedua tetapi keadaan padang yang agak teruk menyulitkan lagi pergerakan pemain. 

Kedua-kedua pasukan terus berbalas serangan dan mempunyai beberapa deretan peluang untuk menyamakan kedudukan namun ia persiakan begitu sahaja. 

Pemain import Negeri Sembilan, Matheus Alves meletakkan pelawat di hadapan selepas menewaskan Ifwat pada minit ke-67. 

Selepas mendahului permainan, Sang Rusa berjaya bertahan dengan baik biarpun di asak bertubi-tubi oleh pemain Kedah sehingga tamat permainan. 

Mereka akan bertemu di perlawanan kedua pada 31 Oktober 2022 ini untuk menentukan pasukan mana yang layak ke suku akhir Piala Malaysia. - KitaReporters


Kredit foto-foto: FB KDA FC

19
15
0
17
0
You will be interested