Seni & Sukan 18 Jul, 2025

Video| Usia bukan penghalang! Nenek 79 tahun teruskan minat mengembara! Sudah kunjungi 193 negara!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Semakin meningkat usia, ramai warga tua mengisi hari yang dilalui cuma berehat di rumah kerana faktor kesihatan.

Namun masih terdapat sejumlah warga tua yang cuba menggunakan sisa-sisa hidup  dengan melakukan beberapa kerja faedah untuk diri sendiri dan orang ramai.

Malah ada yang cuba melakukan perkara yang di luar kemampuan usia sebagai warga tua. Itulah yang dilaku seorang nenek bernama Luisa Yu yang berasal dari Filipina. Dia bakal berusia 80 tahun pada 26 April 2025.


Dalam usia yang sepatutnyanya mengurangkan pergerakan, sebaliknya Luisa meneruskan hobi mengembara (travelling) ke luar negara. 

Sejak berusia 23 tahun, Luisa telah melancong ke 193 negara dengan sebahagian daripadanya dilakukan ketika sudah memasuki usia emas. Kegigihan Luisa melakukan perjalanan ketika sudah berusia emas menjadi inspirasi ramai.



Selama mengeliling dunia, Luisa telah menerima dua penghargaan berkaitan pergembaraan. Ia adalah ‘Nomad Mania Award’ (Anugerah Gila Nomad) sebagai pengembara paling positif, dan penghargaan dari Philippines Global Explorer, ‘Most Adventure Explorer Award’ (Anugerah Pengembara Paling Banyak Pengalaman).






Luisa dilahir di Filipina namun berhijrah ke Amerika Syarikat ketika usia awal 20-an untuk melanjut pelajaran. 

Kemudian Luisa bekerja sebagai jururawat di Miami, Amerika Syarikat. Setelah beberapa tahun, dia memilih berhenti  kerja bagi memenuhi impiannya untuk mengelilingi dunia. Luisa menggunakan simpanan gajinya untuk tujuan itu.

Sebelum mengeliling dunia, Luisa terlebih mengunjungi 40 daripada 50 negeri di Amerika Syarikat.



Luisa turut menasihat mereka yang suka melancong agar memulakan sejak muda kerana jika melakukannya Ketika sudah berusia, kurang nikmatnya kerana masalah kesihatan.

Namun Luisa bersyukur kesihatannya masih baik walaupun akan berusia 80 tahun tidak lama lagi. 

Dan Luisa berazam untuk terus mengembara ke negara-negara yang belum dilawati. Semakin banyk negara yang dilawati bertambah banyak pengetahuan dan pengalaman diterimanya.

Dia reda jika diambil nyawa ketika mengembara. Namun ketika masih sihat Luisa akan meneruskan ketagihan mengembaranya.

Bagi Luisa, mengembara adalah satu terapi untuk mengekalkan kesihatan. Dia tidak mengalami sebarang penyakit kronik. 

Kisah Luisa tular setelah dimuat naik oleh pempengaruh pengembaraan (travel influencer), Vanna Bojovic dalam Facebooknya. Malah Luisa juga turut memuatkan kegiatan mengembaranya dalam media sosialnya. - KitaReporters



10
8
0
15
0
You will be interested