Seni & Sukan 05 Oct, 2023

Lagu Junction, Akan Ku Kenang akan bergema semula! Selepas 35 tahun! Konsert Rock Kapak 7 Okt 2023!

@abdul aziz itar
Emel: from_arash@yahoo.com

Share this


LAGU Akan Ku Kenang adalah judul lagu slow rock paling popular daripada kumpulan Junction yang pernah dihasilkan setakat ini dan ia mula berkumandang pada tahun 1988.

Sejak saat itu, lagu yang dipetik daripada album sulung mereka yang bertajuk Arah terbitan syarikat rakaman PolyGram itu masih diingati para peminat, malah ia juga antara lagu pilihan popular di pusat-pusat karaoke sehingga kini.

Justeru, setelah sekian lama berpecah, kumpulan yang diasaskan di Segamat, Johor itu akan kembali menyanyikan semula secara 'live' lagu 'berhantu' yang telahpun berusia 35 tahun itu.

Menurut vokalis Junction, Hatta, beliau bersama kumpulannya akan mempersembah lagu 'wajib' itu pada Konsert Rock Kapak di Panggung Asia di Gombak, Selangor pada Sabtu ini, 7 Oktober 2023, pada pukul 8 malam.


WAKIL-wakil kumpulan Junction, Desire dan Meditasi bersama pihak penganjur pada majlis sidang media konsert itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


"MediIni adalah kemunculan terbaharu Junction di atas pentas konsert. Saya kembali semula dalam bidang ini pada tahun 2017, tetapi ketika itu lebih sebagai penganjur pertunjukan pentas sahaja.

"Tetapi kali ini, saya akan kembali bersama Junction dan menyanyikan semula lagu Akan Ku Kenang. Ini adalah lagu wajib walaupun ada banyak lagi lagu kami yang lain yang juga berirama slow rock dan heavy metal.

"Dari dulu sampai sekarang, lagu ini yang paling ramai peminat kami mahu dengar termasuklah di Sabah dan Sarawak," katanya semasa ditemui Kita Reporters selepas sidang media Konsert Rock Kapak di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Akan Ku Kenang, Junction juga popular dengan lagu-lagu slow rock yang lain antaranya bertajuk Tak Mungkin Lagi, Demi Cinta Setia, Bisikan Hati dan Cinta Sejuta Warna.

Jelas Hatta atau nama sebenarnya Kamarulhatta Zaharuddin, 56, selain menyanyi dia juga bertindak selaku penganjur konsert itu menerusi syarikatnya, Attah Music dan juga bersama Boss Production.

"Selain masih menyanyi, saya juga banyak menganjurkan konsert artis-artis baharu dan lama. Saya dapati, walaupun sekarang ini ada banyak media sosial, tetapi para peminat akan lebih puas jika mereka dapat mendengar sesebuah lagu itu yang dinyanyikan secara 'live' di atas pentas," ujarnya.


HATTA sempat menyanyikan lagu Akan Ku Kenang selepas majlis sidang media tersebut.


Katanya lagi, selain Junction turut serta menjayakan konsert yang mengenakan tiket berharga RM85 itu adalah band rock popular tempatan juga sewaktu era tahun 1980-an iaitu Meditasi dan Desire di samping beberapa kumpulan rock baharu sebagai artis undangan termasuk Bloodbrothers.

Selain album Arah, Junction juga pernah tampil dengan dua lagi album yang bertajuk Penentuan pada tahun 1989 dan Petualang (1990). - KitaReporters

6
6
0
6
0
You will be interested