Seni & Sukan 29 Dec, 2022

Video! Kita Juara! Gandingkan Bunga Isme dan Hariz Fayahet! Suntik semangat juang, jadi inspirasi!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


SUKAN dan hiburan boleh diibaratkan seperti lagu dan irama. Kedua-dua industri ini mampu menjana pendapatan besar melalui penyiaran dalam pelbagai kaedah dan peranti terkini untuk peminat.

Umum sedar, sukan sekian lama diiktiraf sebagai alat paling berkesan dalam merapatkan hubungan antara sesama insan dan mampu menghakiskan batasan bahasa dalam kalangan peminat. 

Terbukti sukan alat paling berkesan dalam membina transformasi sosial dan perkembangannya amat menakjubkan.

Begitu jugalah hiburan ia mampu memberi nikmat kepada penonton. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan anugerah-anugerah sukan

Dari kiri: Hariz Fayahet, Bunga Isme dan Iqie Hugh.


Sehubungan itu, initiatif akhbar Harian Metro buat julung kalinya menganjurkan Anugerah Ikon Sukan (AIS) bagi mengiktiraf kepentingan industri sukan di Malaysia dan meraikan kejayaan serta pencapaian ahli-ahli sukan negara tentunya disambut baik oleh semua pihak.

Seperti yang dimaklum, pelaksanaan AIS buat pertama kalinya ini akan mempertanding lapan (8) kategori utama iaitu Ikon Sukan Lelaki Breakthru, Ikon Sukan Wanita Breakthru, Ikon Sukan Paralimpik, Ikon Sukan Jurulatih, Ikon Sukan Persatuan/Kelab, Ikon Sukan Kepimpinan, Ikon Sukan Harapan, dan Ikon Sukan Pempengaruh.

Dan bersempena penganjurannya yang bakal disiarkan secara langsung di TV9 pada hari Ahad, 8 Januari 2023 jam 8.30 malam, dua suara berbeza genre, Hariz Fayahet dan penyanyi rap muda, Bunga Isme akan mempersembah single terbaharu mereka, ‘Kita Juara’ bagi menyuntik semangat orang ramai.



Merupakan hasil ciptaan Firdaus Rahmat, usahasama Alternate Records Sdn Bhd dan CH-9 Sdn Bhd ini sudah  boleh didengar dalam saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talents  sejak 23 Disember 2022 lalu.

Finalis Anugerah Juara Lagu ke-36, Bunga Isme atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini berasa bersyukur kerana dapat berkolaborasi dengan penyanyi pop bersuara merdu Hariz Fayahet

“Ini kali pertama saya berduet dengan Hariz Fayahet dan saya sangat teruja kami dapat peluang membawakan lagu yang berunsur semangat kesukanan ini. Selain senang berduet bersama, saya harap lagu ini dapat menyuntik rasa bangga akan industri sukan tanah air kepada para pendengar,” ujar Bunga sambil berharap agar semua rakyat terus menyokong atlet-atlet negara yang berjuang untuk mengharumkan nama tanah air sekali gus terhibur dengan lagu duet mereka.



Berkongsi lanjut Hariz Fayahet turut berharap agar laguinya bersama Bunga menjadi inspirasi bagi para pendengar untuk terus berusaha dengan lebih keras dalam kehidupan harian.

“Setiap orang mempunyai potensi untuk menyumbang dalam mencapai impian masing-masing. Apa yang penting adalah bagaimana kita gunakan semangat tersebut untuk terus maju ke hadapan. 

"Saya berharap lagu ini dapat menyuntik semangat tersebut, dan turut mendorong pendengar untuk rasa bangga akan industri muzik dan sukan tanah air, “ jelas Hariz.

Mengharapkan agar pendengar dapat menerima lagu  'Kita Juara’, Hariz mendedahkan bahawa  lagu tersebut memberikan semangat untuk dirinya terus bekerja dengan lebih keras.

Pada usia 28 tahun ini, Hariz Fayahet telah mencapai beberapa kejayaan dalam bidang muzik. 

Antaranya berjaya menjadi Naib Juara Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) dan kejayaan paling besar adalah menjadi penyanyi OST bagi drama terbitan TV3, 'Sekali Lagi Cinta Kembali' berjudul 'Ku Cuba' yang telah mencapai 100 juta tontonan dalam TikTok sehingga kini.  

Dalam pada itu, selain berpeluang menyaksikan secara langsung majlis AIS  pada 8 Januari 2023 di TV9,  pukul 8.30 malam, penonton boleh juga menyaksikan acara karpet merah bermula jam  7.50 malam.

Malam anugerah ini juga boleh di strim langsung secara HD di www.tonton.com.my. - KitaReporters


16
15
0
8
0
You will be interested