Seni & Sukan 23 Dec, 2022

Video| Akhirnya jadi kenyataan! Faisal Halim milik Selangor FC! Perkuat lagi skuad Tan Cheng Hoe!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


SETELAH berteka-teki ke mana haluan bakal dibawanya, akhirnya Faisal Halim memilih Selangor FC sebagai destinasi baharu dalam karier bola sepak beliau. 

Pengumuman rasmi itu dilakukan dalam halaman media sosial rasmi milik Selangor FC menerusi sebuah video ringkas. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pemain bola sepak Faisal Halim


Sebelum ini, Faisal begitu hangat diperkata akan menyertai Selangor FC namum telah dinafikan sebelum ini oleh ketua pasukan kebangsaan ini. 

Ini kerana beliau masih terikat kontrak bersama Terengganu FC menyebabkan pemain muda ini tidak boleh sewenangnya memberitahu kepada media. 

Kehadiran beliau dalam skuad bimbingan Tan Cheng Hoe sudah pasti akan memperkuat lagi pasukan ini untuk memburu kejuaraan dalam Liga Malaysia. 



Ketika bersama Terengganu musim ini, prestasi Faisal begitu memuncak naik sehingga jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon melantik beliau antara ketua pasukan dalam Harimau Malaya. 

Larian serta penyudah yang berbahaya membuatkan pemain lawan sukar untuk membendung pemain ini. 

Selangor hampir mendakap Piala Malaysia tahun ini namun dikecewakan oleh Johor Darul Ta'zim pada pentas akhir. 

Skuad Red Giant juga menandatangani dua lagi pemain kebangsaan iaitu Khuzaimi Piee dan V. Ruventhiran.

Untuk persaingan musim hadapan sudah pasti akan menjadi semakin menarik dan kebanyakan pasukan ketika ini sedang giat melakukan persiapan menguatkan pasukan. - KitaReporters


9
14
0
12
0
You will be interested