Seni & Sukan 01 Sep, 2019

BEBASKAN DIRI DARIPADA 'PENJAJAHAN' GAJET, BAHAN ELEKTRONIK

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
GOLONGAN remaja dan kanak-kanak bakal generasi masyarakat masa depan negara perlu membebaskan diri daripada "penjajahan" moden melalui bahan-bahan eletronik serta gajet.

Remaja dan anak-anak teruja dengan pakaian berasaskan Jalur Gemilang pada sambutan Ambang Merdeka Komuniti Seksyen 7 Lestari Perdana ( LP7 ) , Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor pada Jumaat malam lalu.  


Sehubungan itu, kelompok berkenaan sewajarnya menggunakan kemudahan peralatan saperti telefon bimbit, Internet dan pelbagai lainnya secara bermanfaat dan bukan sebaliknya.

Untuk tujuan ini, ibu bapa , keluarga dan anggota masyarakat  perlu menjadi pembimbing atau pandu arah supaya generasi berkenaan dapat menggunakan bahan-bahan portal, media sosial seperti Facebook, YouTube, WhatsApp, Twitter, Instagram atau lain-lainya untuk meningkatkan pengetahuan ilmiah ke arah membentuk sasiah sebagai individu berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Perkara ini disuarakan oleh Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Selangor bagi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga ( Dr. Siti Mariah Mahmud ), Hairudi Zainal Abidin pada Majlis Sambutan Ambang Merdeka Komuniti Seksyen 7 Lestari Perdana ( LP7), Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Jumaat malam lalu.  

Program Sambutan Ambang Merdeka Komuniti LP7 2019 anjuran Persatuan Penduduk dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT)  dalam suasana penuh patriotik dipenuhi dengan acara pertandingan pakaian berasaskan Jalur Gemilang kategori kanak-kanak dan kategori dewasa, pertandingan pakaian tradisonal kategori dewasa , pertandingan mewarna sambutan kemerdekaan, teka jumlah gula-gula selain nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan percikan bunga api sambil mengebarkan bendera Jalur Gemilang.

Hairudi berkata, anak-anak dalam kalangan remaja perlu mengetahui cerita sebenar kenapa tarikh keramat 31 Ogos disambut setiap tahun. Ia adalah tarikh penting pada negara berjaya dimerdekakan daripada penjajahan British.

Beliau juga menasihatkan masyarakat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah dari golongan bukan kerajaan dalam pelbagai isu semasa terutama yang berkaitan dengan keadaan setempat.

"Sebagai kelompok masyarakat setempat kita sudah tentu mengetahui kedudukan sebenar suatu isu yang ditimbulkan. Golongan mereka ini lebih suka melihat suasana tidak harmoni dengan menimbulkan isu isu tidak berasas," ujarnya.

Pada majlis berkenaan beliau juga diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang setiap kategori acara yang dipertandingkan.

Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Selangor, Hairudi Zainal Abidin (baju petak-petak) bersama remaja dan anak-anak yang begitu teruja melaungkan laungan "merdeka, merdeka, merdeka" pada sambutan Ambang Merdeka Komuniti  Seksyen 7 Lestari Perdana ( LP7 ), Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.


Keghairahan ahli komuniti Seksyen 7 Lestari Perdana ( LP7 ), Bandar Putra Permai, Seri Kembangan tanpa mengira peringkat umur menarik perhatian dan memeriahkan suasana.


Para Pemenang  Pakaian Berasaskan Jalur Gemilang Kategori Dewasa bersama Hairudi Zainal Abidin salepas menerima hadiah masing-masing.


Kanak-kanak adalah antara kelompok yang paling seronok menyambut kedatangan Hari Kebangsaan.

3
0
0
0
0
You will be interested