Seni & Sukan 04 May, 2022

Video| Mula-mula ATM kehabisan wang! Kini paip kehabisan air! Gangguan bekalan air di 10 kampung!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman menjawab soalaan pengguna air pada sesi Aduan Taklimat Dan Penjelasan Isu AIR pada 23 April 2022 lalu.


SELEPAS menghadapi masalah untuk mengeluarkan wang daripada mesin ATM disebabkan semua mesin yang beroperasi di 10 buah bank di daerah Besut kehabisan wang tunai, penduduk daerah tersebut kini berhadapan pula dengan gangguan bekalan air.

Dalam kejadian sebelum ini, pelanggan bank menghadapi kesulitan untuk mengeluarkan wang daripada mesin ATM sejak empat hari sebelum mereka menyambut Aidilfitri, manakala masalah gangguan bekalan air pula bermula pada malam hari raya sehingga sekarang.

Dua isu tersebut menjadi kemarahan kepada sebahagian besar penduduk terutama dalam menghadapi sambutan Aidilfitri menyebabkan berlaku pelbagai masalah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penduduk daerah Besut



Masalah gangguan bekalan air menjejaskan persiapan penduduk untuk menyambut Aidilfitri kerana tidak dapat memasak, mencuci pakaian dan mandi membersihkan diri.

Kawasan paling teruk yang terkesan dengan masalah gangguan bekalan air ialah di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera membabitkan 10 kampung.



Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Keluang, Kampung Limbongan, Taman Koperat Putera, Taman Mawardah, Persiaran Limbongan, Tanjong Demong, Kampung Pengkalan Nyireh, Pekan Pengkalan Nyireh, Kampung Air Tawar, Seberang Kastam, RAKR Limbongan serta sekitarnya

Tular dalam media sosial penduduk terbabit merungut kerana ia berlaku ketika masyarakat Islam sedang menyambut Aidilfitri menyebabkan mereka menghadapi pelbagai masalah.



Sebelum itu, pada 23 April 2022 lalu, pihak Syarikat Air Terengganu (SATU) mengadakan satu sesi taklimat dan penjelasan mengenai masalah gangguan yang bakal dihadapi pengguna dalam tempoh perayaan Aidilfitri.

Taklimat yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU), Abdul Karim Endut itu menjelaskan masalah tersebut adalah berkait dengan paras air di Tangki Khidmat Bukit Keluang, selain permintaan semasa dalam bulan Ramadan yang dijangka akan berlarutan sehingga selepas bulan Syawal ini.

Turut hadir ADUN Kota Putera Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman.


Abd Karim Endut


Menurutnya, langkah penyelesaian yang merangkumi fasa satu untuk jangka pendek dan dua untuk jangka panjang telah pun diaktifkan oleh pihak SATU, iaitu meletakkan tangki statik dan agihan air berjadual di kawasan terganggu. 

“Manakala kerja baik pulih dan pengaktifan Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Bunga Lama serta naik taraf pam penggalak (booster pump) Bandar Jertih, dan Insya-Allah tekanan air akan stabil menjelang Ogos ini,” katanya.



Beliau mengakui, pengguna air di Besut belum pernah berdepan kekurangan bekalan air tetapi pihaknya membuat persediaan awal susulan jangkaan kepulangan ramai perantau kali ini.

Menurut Abdul Karim, penggunaan air di negeri ini dijangka meningkat 10 peratus sepanjang waktu puncak iaitu dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri.


a


Sehubungan itu, katanya, Satu akan menempatkan 86 tangki statik di lokasi-lokasi terpilih bagi mengelak kemeriahan sambutan rakyat penduduk terganggu akibat masalah bekalan air. 

Beliau turut memberi jaminan masalah gangguan bekalan air yang lazimnya menimpa penduduk daerah ini tidak akan berlaku pada Syawal, kali ini dengan penambahan 28 juta liter air sehari (mld) menerusi pengoperasi loji baharu. - KitaReporters


 

 

 

11
11
2
15
5
You will be interested