Seni & Sukan 08 Apr, 2022

Vide| Baru 10 tahun! Gadis kerabat diraja ini jadi artis, penari, model! Juga penyanyi 5 bahasa!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

JENNA Norodom adalah kerabat diraja Kemboja membuat persembahan tarian. - Kredit foto: Facebook Jenna Norodom


MESKIPUN baru berusia 10 tahun, gadis cantik yang bernama Jenna Norodom daripada keturunan diraja Kemboja telah menjinakkan dirinya dalam pelbagai kegiatan dunia hiburan yang kini menjadi kebanggaan rakyat di negara itu termasuk beberapa negara jiran.

Selain kebolehannya pandai menyanyi serta menari, Jenna  yang dilahirkan pada 11 Mac 2012 di Paris, Perancis adalah anak kepada Puteri Norodom Bupphary yang berkahwin dengan suaminya berasal dari negara Perancis juga terbabit dalam modeling.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan negara Kemboja

 JENNA Norodom. - Kredit foto: Facebook Jenna Norodom



Bukan setakat itu sahaja, Jenna mampu menyanyikan lagu dari pelbagai bahasa termasuk Khmer (Kemboja), Thailand, Perancis, Inggeris dan China yang pasti mengagumkan para pendengarnya.

Jenna merupakan cucu kepada Putera Norodom Chakrapong yang juga cicit mendiang Raja Norodom Sihanouk.


 Kredit foto : Jenna Norodom


Gadis cilik yang wajahnya mirip Lisa Blackpink itu bersama keluarganya baharu pulang ke Kemboja ketika Jenna berumur tiga tahun dan saat itu dia menjalani kehidupan yang mewah bersama karabat diraja selain aktif dalam pelbagai kegiatan sosial.

Memetik laporan Walipop pada 4 April 2022 lalu melaporkan, Jenna mula melibatkan diri dalam dunia hiburan ketika usianya enam tahun sebelum dia terkenal dalam media sosial dan YouTube di samping aktif dalam Facebook serta TikTok.



“Jadi tidak hairanlah, gadis cantik itu bukan setakat menjadi artis sahaja malah dia juga menjadi model untuk Telekomunikasi Cellcard di Kemboja, R&F Properties dan Marie Regal Indonesia,” katanya.

Walipop turut melaporkan bahawa gadis itu belajar di Music Arts School yang begitu gemar dengan muzik berirama K-pop terutama kumpulan Blackpink.


Kredit foto: Facebook Jenna Norodom



Walaupun gadis cantik daripada kerabat diraja Kemboja itu sentiasa disanjung oleh rakyat termasuk masyarakat luar negara tetapi kehidupan serta pergaulannya tidak pernah di luar terbatas dalam dunia hiburan yang diminati sejak kecil lagi.

Dalam hal itu, pada 2018, Jenna telah bergabung dalam pelbagai agensi hiburan dan berkarier sebagai artis, penyanyi dan penari selain dia juga terbabit beberapa drama popular di negaranya.

Apa yang membanggakan tentang keluarga diraja itu kerana dia dikatakan menjadi seorang penghibur yang serba boleh termasuk dapat menyanyikan lagu pelbagai bahasa yang mempesonakan yang terdapat dalam akaun YouTubenya. - KitaReporters


Kredit foto : Facebook Jenna Norodom


14
10
1
16
0
You will be interested