Seni & Sukan 07 Jun, 2021

Berita Terkini| Empat ahli keluarga ditahan! Didakwa dera kanak-kanak dua tahun hingga mati!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

GAMBAR hiasan... Kesemua empat suspek kini ditahan di lokap IPD Betong sementara menunggu proses permohonan reman. 


EMPAT ahli keluarga ditahan selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang disyaki menjadi mangsa penderaan, meninggal dunia dengan kesan cedera dan lebam pada bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Betong, Zamry Alli berkata, mereka yang ditahan berumur di antara 22 hingga 65 tahun, termasuk ibu bapa kandung mangsa.

“Pegawai perubatan dari Hospital Betong di Sarawak memaklumkan seorang kanak-kanak meninggal dunia pada 3.45 petang Ahad, 6 Jun 2021 kerana disyaki didera.

“Mangsa dihantar ke hospital oleh keluarganya pada 3 petang,” katanya dipetik oleh Berita Harian pada Isnin, 7 Jun 2021.

Kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan semua suspek akan direman bagi membantu siasatan.

Zamry dalam pada itu berkata, jenazah kanak-kanak terbabit kini berada di Unit Forensik Hospital Betong bagi proses bedah siasat yang akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan mendapati terdapat kecederaan serta kesan lebam dan bengkak pada beberapa bahagian anggota badan kanak-kanak tersebut yang berkemungkinan menyebabkan punca kematian,” ujarnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

ZAMRY berkata ibu serta tiga lagi ahli keluarga kepada kanak-kanak dua tahun yang meninggal dunia  kerana disyaki didera, akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Kredit sarawakvoice.com

1
1
1
3
0
You will be interested