Kredit foto: brittlynnrising/Caters News
PENJAGAAN muka yang sangat teliti dan sistematik sangat popular dalam kalangan kaum wanita, kerana rupa paras yang cantik atau flawfless adalah satu aset penting.
Banyak sangat produk muka yang tular dan tip-tip kecantikan di pasaran mendapat sambutan oleh kaum wanita untuk kelihatan cantik.
Tular baru-baru ini video menggunakan darah haid sebagai facial mask untuk penjagaan muka sehingga menjadi tumpuan netizen. Biar betik! Darah haid??
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kecantikan
(Foto kredit: brittlynnrising/Caters News)
Menurut wanita yang berasal dari Las Vegas, Brittani LaBouff, beliau menggunakan darah haid pertama untuk dijadikan sebagai facial mask setiap bulan.
Dia menggunakan cawan menadah darah haid untuk dikumpulkan sebelum menyapukannya pada muka menggunakan berus menurut laporan Metro UK.
Kelebihan menggunakan darah haid ini akan membuatkan kulit anda lembut, katanya.
Oleh sebab perkongsian wanita ini, seorang pengguna TikTok, Aaron Magno mencuba trend ini dan mendapat banyak komen dan reaksi daripada netizen di luar sana.
Rata-rata netizen yang melihat video Tiktok itu merasakan pengunaan darah haid ini sangat menjijikkan. Ada juga yang berpendapat mereka ingin mencuba.
Zaman sekarang ini, macam-macam tip berguna atau pelik yang tular, yang pasti jika anda merasakan boleh diikut, cubalah, tapi jika memudaratkan jangalah dicuba. - KitaReporters