Seni & Sukan 31 Aug, 2021

Video| Pensyarah bikin video Malaysia Prihatin! Ceritera tiga sekawan dan sebungkus nasi lemak!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Video Sebungkus Nasi Lemak yang dihasilkan oleh pensyarah undang-undang kolej swasta, Stan Agilan Emmanual.


Pensyarah undang-undang kolej swasta Stan Agilan Emmanual, 43, menerbitkan sebuah video sempena kemerdekaan ke-64 bertajuk Sebungkus Nasi Lemak yang mengisahkan tiga orang sahabat Abdul Ibrahim (Megat), Adam Khoo (Chan) dan Piragasam Kullapuri (Indran) bertemu pada hari kemerdekaan.

Katanya, idea untuk membuat pengambaran ini tercetus sejak awal Januari 2021 lalu selepas menyertai kursus yang dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) selama lima hari namun kerana COVID-19 pengambaran ini terpaksa ditangguhkan sehingga baru-baru ini akibat Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan nasi lemak

Proses mengedit video yang dihasilkan sedang dilakukan oleh Stan Agilan.


“Bersempena dengan sambutan kemerdekaan bertemakan Malaysia Prihatin 2021 saya bersama Ahmad Yirozainee dan enam rakan lain bertekad untuk menghasilkan juga video untuk ditayangkan pada hari kemerdekaan 31 Ogos 2021 ini,” katanya ketika dihubungi.

Perbincangan secara maya dibuat termasuk menghubungi Megat, Chan dan Indran untuk menghasilkan juga video ini dengan kerjasama daripada mereka dan keluarga terutama ketika PKP dan COVID-19 ini.

Stan Agilan berkata, kesepakatan antara mereka akhirnya mencapai keputusan apabila keluarga mereka juga mengizinkan dengan syarat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.


Tiga sahabat, Indran (dari kiri), Chan dan Megat yang berlakon dalam video Sebungkus Nasi Lemak mengibarkan Jalur Gemilang.


Maka bermulalah pengambaran selama tiga hari dengan mengikuti pergerakan Megat dan isteri beliau, Safiah Osman yang menjual nasi lemak dari rumahnya di Taman Wawasan Puchong (1) sehingga ke tempat jualan lebih kurang 250 meter jauhnya.

Manakala Chan dan Indran yang membawa teksi pula memberikan kerjasama yang baik termasuk melakonkan watak dengan penuh gaya dan mencuit hati walaupun mereka menyatakan tidak pandai berlakon pada mulanya.

Babak ketika Chan dan Indran yang hampir berpelukan ketika bertemu juga menarik kerana masing-masing terpaksa mengelakkan untuk berpeluk kerana perlu mematuhi SOP.

Manakala Megat yang bergerak dari rumah hingga membuat persiapan di gerainya termasuk menyediakan sanitizer dan pengimbas suhu seolah-olah watak yang dilakonkan itu sudah dijiwai.


Stan Agilan Emmanual di lokasi ketika pengambaran.


Issac Matthias Emmanual (kiri) bermain gitar muzik lagu Negaraku.


Penghasilan video ini juga turut menampilkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong (1) Isaac Matthias Emmanuel, 15, yang bermain gitar ketika muzik lagu Negaraku dimainkan.

Stan Agilan berharap video Sebungkus Nasi Lemak yang dihasilkan dengan bimbingan Puvanesvari Subramaniam, Nandagobalan Vengettasamy, penyunting Ash Hadzri dan krew yang membantu serta Finas diharap dapat memberi kepuasan kepada penonton, sekali gus memberi perangsang kepada mereka untuk menerbitkan lebih banyak video nanti. - KitaReporters



Megat sedang membuat persiapan untuk menjalankan perniagaan nasi lemaknya di Taman Wawasan Puchong (1).


Gerai nasi lemak siap dihiasi dengan jalur gemilang.


Chan (kiri) dan Indran gembira bertemu sebelum berjumpa dengan Megat, tapi tak jadi berpeluk kerana mematuhi SOP.


Memberi tabik sebagai tanda hormat kepada bendera Jalur Gemilang.


Tiga rakan berjumpa sempena hari kemerdekaan.

10
0
0
0
0
You will be interested