Seni & Sukan 25 Aug, 2021

Sumbangan barangan RM30,000, 30 sukarelawan Skuad Sabil! UMNO senantiasa bersama rakyat - Razlan

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


PELBAGAI pihak tampil membantu dan menghulurkan sumbangan serta bantuan kepada mangsa-mangsa banjir kilat dan lumpur akibat fenomena kepala air di daerah Yan, Kedah pada 18 Ogos 2021 lalu.

Pada 21 Ogos 2021, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Razlan Rafii telah menyempurnakan majlis penyerahan dan perlepasan bantuan banjir ke Yan, yang terdiri daripada sumbangan barangan bernilai RM30,000 berserta 30 sukarelawan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kepala air


Menurut Razlan, barangan yang disumbang berupa beras, Maggi, lampin pakai buang Pampers, susu, minyak masak, beras, pelindung muka (face sheild), biskut dan barang-barang lain bernilai RM30,000.

Juga seramai 30 sukarelawan dari Skuad Sabil Malaysia akan menguruskan pengagihan serta melakukan kerja-kerja sukarelawan pembersihan kawasan di sana (Yan, Kedah).

"Saya harapkan bantuan ini akan meringankan beban penduduk yang terbabit, UMNO dari dulu tidak pernah meninggalkan rakyat, insya-Allah kita akan terus membantu mereka yang terlibat dengan musibah ini," kata Razlan dalam satu kenyataan.

Dalam tragedi yang dipanggil sebagai ‘tsunami Jerai’ itu, seramai enam mangsa maut dan seorang cedera parah, sementara sebanyak 800 keluarga di Yan dan 200 keluarga lagi di Kuala Muda terjejas dalam bencana alam yang berlaku pada pukul 3.30 petang, 18 Ogos 2021. - KitaReporters




1
0
0
0
0
You will be interested