Seni & Sukan 28 Aug, 2021

Rakyat terkilan tiada menteri dari Terengganu! Rosol, Ahmad Amzad dilantik semula timbalan menteri

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this


“TERIMA kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan dan keyakinan untuk saya meneruskan khidmat di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selaku Timbalan Menteri,” kata Datuk Rosol Wahid.

Katanya lagi, "alhamdulillah saya kekal bergandingan bersama Dato Sri Alexander Nanta Linggi untuk terus komited menjalankan tanggungjawab ini."


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan timbalan menteri

Rosol akan kembali bergandingan dengan Alexander Nanta Linggi di KPDNHEP


Amanah ini, katanya, akan digalas sebaiknya terutama dalam memastikan kepentingan lebih 32 juta rakyat pengguna di negara ini sentiasa diutamakan dan bersama kembali memacu pemulihan dan pertumbuhan sektor perdagangan dalam negeri yang terjejas kesan cabaran pandemik COVID-19 sejak tahun lalu. 

“Insya-Allah, sama-sama kita menggembleng usaha dan tenaga supaya semua kembali dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini,” kata Rosol menerusi hantaran dalam Facebook miliknya pada Jumaat 27 Ogos 2021.


 Rosol Wahid


Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu berkata, dengan kepercayaan meneruskan amanah ini, banyak perancangan yang dirangka untuk manfaat rakyat keseluruhannya sebelum ini dapat diteruskan insya-Allah. 

“Penghargaan dan terima kasih daripada saya juga kepada Presiden Bersatu yang saya hormati, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan diberikan untuk saya memulakan langkah pertama sebagai Timbalan Menteri di KPDNHEP sebelum ini dan meneruskannya di bawah pimpinan Perdana Menteri baharu ini,” tambah beliau.



Beliau berkata, jawatan ini bukan kebanggaan tetapi tanggungjawab untuk agama, bangsa dan negara. 

"Juga terima kasih tidak terhingga kepada seluruh keluarga, sahabat handai dan semua yang mendoakan yang terbaik untuk saya dan untuk kita semua. Semoga Allah SWT memberkati kita di hari Jumaat yg mulia ini," katanya lagi.

Rosol dilantik semula menyertai barisan Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub pada pengumuman yang dibuat pada Jumaat 27 Ogos 2021.


Ahmad Amzad Hashim


Selain Rosol seorang lagi pemimpin dari Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu turut dikekalkan sebagai Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam pembentukan Kabinet baharu Perdana Menteri Ke-9 tersebut.

Bagaimanapun, rakyat Terengganu melahirkan perasaan terkilan apabila tiada seorang pun dalam kalangan pemimpin dari negeri itu yang dilantik sebagai menteri penuh dalam barisan Kabinet baharu Ismail Sabri.  

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam Kabinet bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi digugurkan dalam Kabinet Ismail Sabri. - KitaReporters


Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

4
1
1
5
2
You will be interested