BAGI orang ramai khususnya golongan yang meminati ilmu falak atau bidang astronomi di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia dijangka dapat menyaksikan kembali fenomena Gerhana Matahari Separa selepas berselang enam bulan lalu, pada hari ini, Ahad 21 Jun 2020. Kali terakhir gerhana matahari dapat disaksikan di negara ini pada 26 Disember 2019 lalu. : KitaReporters
Beginilah keadaan simulasi fenomena gerhana matahari separa yang akan berlaku di kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia pada Ahad 21 Jun 2020. - Kredit foto-foto: falakonline.
Kudat di Sabah merupakan kawasan lokasi terbaik dibandingkan tempat lain dengan 37% jelas penglihatan fenomena itu sewaktu disaksikan.
Gerhana matahari kali ini merupakan yang terakhir dapat disaksikan dalam masa terdekat.
Selepas ini para pencinta dan peminat falak terpaksa menunggu hampir empat tahun pada 20 April 2024 untuk menyaksikan sekali lagi lintasan bayang-bayang bulan merentasi tanh air kita.
Jangan lepaskan peluang keemasan tersebut!!
Melalui rujukan artikel 'Takwim lengkap 23 tahun Gerhana Matahari ' yang akan dapat dilihat di Malaysia bagi tempoh 2019-2042 gerhana yang berlaku kali ini dikenali sebagai Gerhana Matahari Separa maksudnya hanya sebahagian daripada bentuk piring atau jasad matahari akan terlindung kerana adanya bulan.
Bagi negara seperti Afrika Tengah, Semenanjung Tanah Arab, Pakistan, India, Nepal, China dan Taiwan penduduknya serta orang ramai akan dapat menyaksikan Gerhana Matahari Cincin.
Perkara ini dinyatakan oleh aktivis ilmu falak atau bidang astronomi, Shahgazer yang tular dalam laman sosial falakonline bahawa di Malaysia secara amnya fenomena ini akan berlaku sekitar jam 2.30 hingga 5.00 petang bagi kawasan Semenanjung.
Di Sabah dan Sarawak pula bermula sekitar jam 3,00 hingga 5.30 petang.
Waktu kemuncak gerhana kali ini sekitar antara jam 3.50 hingga 4.30 petang bergantung kepada satu-satu lokasi. Masa keseluruhan gerhana itu nanti akan berlangsung kira-kira 2 jam 10 minit.
Bagi tujuan ini pastikan laluan matahari di langit kawasan anda tidak ada halangan antaranya bangunan, bumbung atau pokok.
Carilah kawasan lapang supaya tidak ada gangguan untuk menyaksikannya.
Jika ada antara kita ingin melihat gerhana tahun ini lebih baik dengan peratusannya tinggi pilihlah Kudat, di Sabah sebagai lokasi pilihan.
Malahan kawasan ini antara lokasi terbaik untuk melihat fenomena ini dengan jelas hampir 37% matahari akan terlindung.
Beginilah keadaan matahari semasa berlakunya gerhana matahari separa yang dapat dilihat disekitar Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran fenomena gerhana berkenaan.
Tempat-tempat di Sabah peratusan matahari terlindung kerana gerhana separa ini agak tinggi dan jelas jika dibandingkan dengan kawasan lain, selain Kudat, Sandakan (35%), Kota Kinabalu (33%) dan Tawau (30%).
Manakala Bandar Seri Begawan di Brunei (28%).
Bagi kawasan Sarawak pula Miri (26%), Bintulu (21%), Sibu (17.5%) dan Kuching (14%).
Di Semenanjung pula kawasan tertinggi gerhana matahari separa ini ialah Kota Bharu (18%), Kuala Terengganu dan Kangar (17%),Alor Star (16.5%), George Town (15%), Ipoh dan Kuantan (13%), Shah Alam, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Seremban (10%), Melaka (9%) serta Johor Bharu (8%).
Kudat di Sabah merupakan kawasan yang dijangka dapat melihat dengan jelas kira-kira 37% fenomena gerhana matahari separah yang akan berlangsung pada Ahad 21 Jun 2020.
Di Semenanjung kawasan Kota Bharu,Kelantan antara tempat terbaik dengan peratusan 18% keadaan jelas fenomena gerhada matahari separa.
Beliau memberitahu, satu kaedah paling selamat perlu diambil bagi mengelak kejadian tidak diingini kerana cahaya matahari sangat terang dan berbahaya jika dilihat secara terus.
Mata boleh mengalami kecacatan kekal malahan risiko serius mungkin buta. Maka, berhati-hati semasa mencerap nanti.
Antara kaedah disarankan termasuklah menggunakan cermin matahari jenis penapis khas yang membolehkan kita melihat ke arah matahari dengan selamat.
Penapisnya berwarna hitam (black polymer) dan silver (baader). Selalunya ia sudah siap dipasang pada rangka berbentuk cermin mata diperbuat daripada kertas.
Bagi sesiapa sudah memilikinya boleh digunakan pada fenomena kali ini jika tidak terkoyak atau berlubang.
Pengguna cermin matahari sesuai untuk melihat fenomena gerhana matahari yang akan berlaku di Asia Tenggara termasuk di Malaysia.
Gerhana kali ini berlaku dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang perlu mematuhi SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Sehubungan itu, acara cerapan kali ini ada dilakukan secara strim atau live melalui media sosial termasuk Facebook mahupun YouTube dari lokas masing-masing. - KitaReporters
Umat Islam disunatkan solat sunat khusuf secara sendirian atau berjemaah dari bermula hingga tamatnya gerhana matahari separa pada Ahad 21 Jun 2020.