Seni & Sukan 16 Jun, 2020

Jinggalah pula! Reaksi cool Azhar Sulaiman anak warna rambut

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

ORANG kata nak jadi artis kena tebal telinga kerana setiap tingkah laku akan diperkata dan diperhatikan. Bukan sahaja diri artis itu sendiri yang perlu menjaga kelakuan, tetapi juga ahli keluarga dan kaum kerabatnya. Ibarat seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit pada yang lain. : KitaReporters


Sudah banyak kes melibatkan ahli keluarga artis yang membuat onar, tetapi artis itu juga yang menjadi mangsa kecaman walaupun bukan dia yang melakukannya.

Apatah lagi kalau yang membuat kesilapan itu adalah anak-anak artis popular. Sudah pasti yang menjadi mangsa kecaman adalah artis yang menjadi ibu bapanya.

Begitulah yang berlaku ke atas pelakon popular Azhar Sulaiman yang memiliki tiga orang anak hasil perkahwinannya dengan Chempaka Emalin Pahamin.

Azhar Sulaiman bersama isteri dan anak-anak.


Anak kembarnya bernama Kasih Iris Leona yang kini berusia 18 tahun sering mengundang kontroversi apabila sering berpakaian dan berkelakuan seksi dalam media sosial.

Leona pernah mendapat kecaman netizen apabila memuat naik video TikTok menunjukkan dirinya sedang bersenam dengan berpakaian yang mencolok mata.

Seluar pendek ketat berwarna hitam yang dipakainya sambil bersenam mengundang rasa jelek dalam kalangan netizen. 

Walau bagaimanapun isu itu selesai apabila Azhar selaku bapa membuat kenyataan dalam Facebook menjelaskan dia sudah menasihati anaknya itu.

Azhar menjelaskan dia sudah menasihati anaknya agar berkelakuan sopan dan baik.


Terbaharu, Azhar sekali lagi terkejut dengan tindakan anak gadisnya itu apabila mewarna rambut dengan warna terang iaitu jingga (oren). Namun, kali ini ia tidak mencetuskan kontroversi sebaliknya reaksi ‘cool’ Azhar Sulaiman menarik perhatian netizen.

“Ya Allah, jinggalah pula rambutnya. Ingat saya seorang sahaja yang gila-gila hari ini. rupa-rupanya…,” tulis Azhar di Instagramnya.


Sementara itu, ramai netizen yang terhibur dengan reaksi Azhar.

“Remaja biasalah mami (panggilan untuk Azhar). Macamlah mami tak pernah jadi remaja,” tulis salah seorang netizen.

Komen netizen itu turut dibalas oleh Azhar dengan menjelaskan ketika remaja dia hanya mewarna baju dan seluar sahaja.


Memang benar, menjaga anak-anak zaman sekarang tidak sama menjaga anak-anak zaman dahulu. 

Anak-anak zaman kini lebih ke depan berbanding ibu bapa mereka sendiri.

Sama ada anak lelaki atau perempuan, sama sahaja kesukaran untuk mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. - KitaReporters

5
1
1
0
0
You will be interested