Seni & Sukan 30 Nov, 2021

Kegagalan mematuhi SOP! Terengganu FC, JDT dikompaun! Masing-masing kena denda RM10,000! - JKNT

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Pasukan Terengganu FC ketika beraksi menentang Johor Darul Takzim FC. - Kredit gambar: vnnnnnnnnvvUPDI


KEGAGALAN pihak penganjur memastikan pematuhan protokol am dalam pengurusan penonton dan penyokong (penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna) menyebabkan dua pasukan bola sepak yang mengadakan perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) yang merujuk isu berkaitan pelanggaran SOP semasa perlawanan bola sepak di antara Terengganu FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) FC, di stadium berkenaan  pada 22 November 2021, pihak JKNT telah menjalankan siasatan lanjut berkaitan isu tersebut.


Lagi kisah menarik berkaitan Perlawanan Bola Sepak

Dr Kasemani Embong


Pengarah JPNT, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, semasa perlawanan berlangsung pihaknya mengeluarkan sejumlah RM20,000 kompaun masing-masing - RM10,000 membabitkan pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat - di bawah Peraturan 16 PU(A) 293/2021, Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021. 

Katanya, setiap individu dikehendaki memainkan peranan dalam memastikan diri masing-masing tidak mendapat jangkitan dan tidak menjangkiti orang lain.

“Ia adalah penting bagi mencegah berlakunya penularan jangkitan COVID-19 seperti dalam kalangan ahli keluarga, komuniti dan tempat kerja,” kata dalam satu kenyataan media di Kuala Terengganu. 



Dr Kasemani berkata, selain daripada mendapatkan imunisasi yang lengkap dan dos penggalak bagi mereka yang layak, langkah-langkah pencegahan kesihatan awam asas seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan, pematuhan SOP yang ditetapkan adalah amat penting.

Katanya, pihak JKNT akan sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya bagi memastikan pematuhan SOP dipatuhi sebarang aktiviti yang melibatkan tumpuan ramai.

Bagaimanapun,katanya pihak penganjur telah mematuhi beberapa syarat lain dengan mengambil langkah-langkah berikut: 

  1. Menghadkan bilangan penonton seramai 20,000 (42.6%) orang daripada kapasiti sebenar penonton iaitu 47,500 orang.
  2. Menyediakan QRCode Mysejahtera, pengambilan suhu dan menyediakan hand sanitizer sebelum memasuki stadium.
  3. Membenarkan penonton yang lengkap vaksin sahaja yang boleh memasuki stadium.
  4. Menyediakan pasukan kawalan keselamatan seramai 430 orang yang terdiri dari agensi PDRM, RELA, APM, petugas Keselamatan Pintu Masuk dan petugas Kompleks  Sukan.
  5. Mewajibkan semua penonton memakai pelitup muka sepanjang perlawanan berlangsung.

Pada perlawanan separuh akhir pertama untuk merebut Piala Malaysia 2021, kedua-dua pasukan menerima keputusan seri 1-1. - KitaReporters 



 Terengganu FC nmenentang Johor Darul Takzim FC dengan keputusan Seri 1-1 pada perkawanan di Kuala Terengganu


 

10
11
2
22
1
You will be interested