Seni & Sukan 03 Dec, 2021

Video| Jom havoc! Pesta Kopi KL 4, 5 Dis! Konsert maya Blues Gang, Blues Valley Jam! 28 Dis 2021!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


ADAKAH anda penggemar minuman kopi? Jika tiada kopi ibarat tidak lengkap tenaga seharian untuk cergas bertugas, jadi kenalah segarkan mata dan jiwa dengan bersarapan pagi dengan secawan kopi, tak gitu?

Jadi, bagi golongan kaki kopi apa kata pada hujung minggu ini, anda berkunjung ke Pasar Seni, Kuala Lumpur untuk meraikan 'Pesta Kopi KL' yang bakal diadakan selama dua hari bermula pada 4 dan 5 Disember 2021 ini.

Anjuran Tempatan Fest dengan kerjasama Pasar Seni serta sokongan rakan-rakan strategik seperti Kinabalu Peaks, Peminat Kopi, Sekolah Kopi, Zenia Coffee dan Rasta Brew mahu pun Avenue J Hotel sebagai hotel rasmi, akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 9 malam di Kasturi Walk, Pasar Seni.


Lagi cerita-cerita berkaitan minuman kopi


 Seir Rashid (kanan) bersama vokalis Blues Gang, Ito Mohd Arif pada Majlis Pelancaran Pesta Kopi KL & Blues Valley Jam di Avenue J Hotel.


Pengasas Tempatan Fest, Seir Rashid berkata 'Pesta Kopi KL' menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya persembahan kumpulan buskers, artis indie dan beberapa artis ternama lain termasuk demonstrasi penyediaan kopi oleh para vendor terlibat.

"Pengunjung berpeluang menjamu mata atau membeli-belah jualan alat-alat penyediaan, aksesori dan produk kopi. Kita harapkan semua yang terlibat dapat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) digariskan oleh kerajaan. 

"Selepas selesai Pesta Kopi KL, Tempatan Fest akan meneruskan acara konsert bertemakan alam sekitar yang dinamakan Blues Valley Jam pula pada 28 Disember 2021 dengan kerjasama kumpulan muzik legenda iaitu Blues Gang. Konsert ini dijayakan dengan sokongan Sabasun HyperRuncit sebagai penaja utama.

"Konsert bermula jam 4 petang hingga 11 malam ini bakal didakan secara maya melalui laman rasmi Blues Gang www.bluesgangofficial.com. Idea penganjuran tercetus sempena raikan sambutan ulang tahun ke-48 penubuhan kumpulan tersebut." katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu majlis pelancaran 'Pesta Kopi KL & Blues Valley Jam' yang berlangsung di Avenue J Hotel.

Katanya lagi, selain kumpulan yang popular dengan lagu ‘Apo Nak Di Kato', menggunakan bahasa loghat Negeri Sembilan itu, beberapa artis lain terlibat menjayakan Blues Valley Jam terdiri daripada Lord (The Boys), Pitahati, Sons Of Adam, Andy (Flop Poppy), Zip Zieller dan Blues All Stars.




Dalam perkembangan berkaitan, Seir memaklumkan pengoperasian semula pelbagai sektor ekonomi membuka ruang bagi Tempatan Fest untuk kembali aktif meneruskan usaha yang telah dimulakan sejak Tempatan Fest ditubuhkan pada 2013.

"Objektif utama penubuhan Tempatan Fest ialah untuk ketengahkan inisiatif usahawan tempatan dalam pelbagai bidang yang menonjolkan seni kreativiti dalam pelbagai bidang termasuk seni grafik, fesyen jalanan, muzik serta kulinari dengan penganjuran tahunan seperti Tempatan Fest, Tempatan Stage, Tempatan Kitchen. 

"Pesta Kopi KL & Blues Gang Valley Jam ini adalah langkah permulaan untuk kami kembali aktif selepas tidak dapat berbuat demikian akibat pandemik Covid-19. 

"Kita juga harapkan penganjuran konsert bertemakan alam sekitar dapat dijadikan acara tahunan dalam usaha menyemarakkan rasa cinta dan peduli kepada kelestarian alam sekitar,” ujar Seir. - KitaReporters




Antara lagu popular Blues Gang yang ketengahkan loghat Negeri Sembilan.


12
18
0
16
0
You will be interested