Seni & Sukan 08 Dec, 2021

Video| Almy Nadia lahirkan anak keempat! Syukur Fizz Fairuz di sisi sehingga semuanya selamat!

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

Almy Nadia melahirkan rasa syukur kerana selamat melahirkan anak keempat hari ini. - Kredit foto: IG@almynadiaofficial


PELAKON Datin Almy Nadia, 35, selamat melahirkan anak keempatnya kira-kira pukul 3.49 pagi hari ini Rabu, 8 Disember 2021.

Isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz itu menerusi Instagramnya mengucapkan rasa syukur kerana selamat bersalin walaupun seminggu lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kelahiran



“Assalammualaikum selamat petang semua. Yang pertama kami nak bagi tahu syukur alhamdulillah kami dah pun bersalin anak keempat pagi tadi.

“Sepatutnya baby keluar pada minggu ke-38 tapi baby nak keluar awal pada minggu ke-37. Rasanya gender hangpa tau dah kot,” tulisnya.

Almy tidak memberitahu jantina anak keempatnya mungkin beranggapan peminat sudah mengetahui apabila Fizz sebelum itu telah menulis, “Alhamdulillah… isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi.

“Terima kasih kepada semua yg mendoakan, amin… 4-0 keputusan sekarang…hehe,” katanya dalam Instagram @fizzfairuzofficial


Fizz Fairuz bersama anak keempatnya. Foto IG@fizzfairuzofficial


Berdasarkan bayangan Fizz, dapat dijangkakan yang Almy melahirkan anak perempuan juga kerana sebelum ini mereka sudahpun mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Nur Afrina Arianna, 6; Nur Afrina Aurora, 5; dan Nur Afrina Arya, 3; serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 12. 



Almy yang bersalin di Columbia Asia Hospital, Setapak turut menzahirkan rasa terima kasih kepada suami tercinta kerana sentiasa ada bersamanya, sebelum hinggalah selepas bersalin.

Selain itu, Almy juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada keluarganya yang berada di Pulau Pinang serta keluarga mentua dan kawan-kawan yang menitip doa untuknya.

“Yang ketiga, kami nak ucapkan ribuan terima kasih pada family kami di Penang, family mentua kami kawan-kawan, sahabat handai atas doa yang baik-baik kalian semua. Insya-Allah saya balikkan doa itu pada anda semua agar yang baik-baik berbalik pada semua,” katanya lagi.


Tiga permata hati yang menyerikan kehidupan Almy dan Fizz.


Beliau juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat dan wartawan yang turut mendoakan keselamatannya dan hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik semua.

“Yang kelima, kami nak ucapkan terima kasih banyak kepada kak ipar kami @zurinafanizan @ahmadfanizan yang tolong jagakan si kakak-kakak. Terima kasih kak Teh terima kasih abang Teh tolong jaga anak-anak Almy dengan baik.. hanya Allah dapat balas segala jasa baik budi kak Teh dengan abg Teh.

“Akhir kata terima kasih pada semua… maaf jika tak sempat nak reply komen atau DM, maaf sangat-sangat…terima kasih banyak-banyak @fizzfairuzofficial,” katanya. KitaReporters


10
11
1
13
0
You will be interested