Seni & Sukan 07 Dec, 2021

Video| Warga maya kecoh! Viral video ‘Cristiano Ronaldo’ masuk masjid! Pelanduk dua serupa kot?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

Kredit Foto: IG Cristiano Ronaldo


BUKAN ‘kaki bola’ pun apabila disebut nama Cristiano Ronaldo, pasti mengenali figura popular dunia itu!

Pemain bola sepak terkenal ini merupakan selebriti yang mempunyai jumlah pengikut dalam Instagram teramai iaitu sebanyak 373 juta pengikut.

Namun, bukan jumlah pengikut yang mahu diceritakan di sini tetapi kelibat ‘Cristiano Ronaldo’ yang dikatakan berada di negara jiran, Indonesia membuatkan warga maya di sana gempar.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan wajah seiras



Pemuda ini dikatakan mirip wajah pemain bola sepak terkenal dunia ini menarik perhatian netizen.


Sebelum itu, pernahkah anda mendengar orang-orang lama berkata, setiap daripada kita mempunyai tujuh orang yang menyerupai kita di dunia. 

Malah ada peribahasa berbunyi seperti pelanduk dua serupa iaitu seseorang yang mempunyai wajah yang sama.

Itulah yang berlaku apabila satu video tular dalam aplikasi TikTok. 

Menurut portal Indozone.id, video berdurasi singkat yang dimuat naik oleh akaun bernama Skrttt, menunjukkan seorang pemuda yang memakai baju berwarna merah darah ikan dan bersongkok putih sedang bersiap untuk membaca al-Quran.



Sekilas pandang, memang tidak ubah seperti Ronaldo. Justeru ia membuatkan netizen di Indonesia gempar sehingga mengundang pelbagai komen lucu.

Pelbagai komen lucu daripada netizen.


Bertuah memiliki wajah mirip dengan orang terkenal dan kacak pula tu. Tak pasal-pasal jadi popular sekelip mata. 

Syukur dengan keistimewaan yang dimiliki itu dan gunakan ia pada jalan betul. 

Mana tau wajah mirip itu membuka hati bintang bola sepak Portugal itu? - KitaReporters


Senyumannya saling tak tumpah mirip Ronaldo.


6
11
0
15
0
You will be interested