Seni & Sukan 15 Dec, 2021

Video| Sejarah tercipta! ADUN bawa ayam mentah masuk dewan DUN Perak! Protes harga tak turun!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

MUHAMAD ARAFAT VARISAI MAHAMAD


SEJARAH tercipta di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak apabila ayam mentah dibawa masuk ke dalam Dewan yang sedang bersidang di Ipoh pada Selasa 14 Disember 2021. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad bertindak membawa seekor ayam mentah masuk ketika sesi perbahasan bagi  sesi perbahasan pada Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14 Perak Darul Ridzuan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ayam

Muhamad Arafat mengeluarkan seekor ayam yang dibelinya kerana kecewa harga ayam masih tak turun. Kredit foto: Bernama.com

Berang dengan isu harga ayam yang tidak diselesaikan setelah sekian lama, Muhamad Arafat bertindak mengeluar seekor ayam yang dibelinya. Ia membuat ahli-ahli dewan yang lain tergamam.

Difahamkan, tindakan membawa masuk ayam mentah itu adalah sebagai tanda protes kerana tiada tindakan yang diambil pihak berkuasa dan Exco Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri Semanggol, Razman Zakaria sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan dalam menangani kenaikan harga barangan di Perak.

 


Muhamad Arafat turut menunjukkan resit pembelian ayam itu sebagai bukti. Ayam itu dibeli dari kawasan Semanggol. Aksi itu disiar oleh portal Bernama di Twitter.

Video itu tular dalam sejumlah laman sosial antaranya dalam Twitter MohdFaizalHassan dan menarik perhatian ramai netizen yang menyokong tindakan YB itu yang disifatkan sebagai berani dan jelas menunjukkan keadaan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini.

Kenaikan harga makanan kering dan basah keperluan harian meresahkan penduduk di seluruh negara.

Mungkin selepas ini dalam dewan undangan negeri-negeri lain malah mungkin di Dewan Rakyat di Parlimen, ada wakil rakyat yang akan membawa ikan basah dan sayuran masuk ke dalam Dewan. - KitaReporters


14
11
0
11
0
You will be interested