Laila Nasir kini aktif berlakon dan tawaran tidak putus. - Kredit foto: IG@lailanasirofficial
MEMBESARKAN dua orang anak tanpa suami di sisi bukanlah perkara mudah. Namun cabaran itu perlu diharungi pelakon Laila Nasir, 52, selepas suami tercinta meninggal dunia lapan tahun lalu.
Beliau perlu jadi ibu dan bapa kepada dua anak lelaki yang sekarang masing-masing sudah berusia 26 tahun (Mukhriz) dan yang bongsu (Muadz), 21, sejak 2013.
Namun Laila atau nama penuhnya Norlaila Yasmin Nasir, kelahiran Machang, Kelantan itu tidak pernah mengeluh kerana dapat melihat anak membesar di depan mata.
Lagi kisah menarik berkaitan kecekalan ibu tunggal
Bersama anak-anak, Mukhriz (kiri) dan Muadz yang merupakan pembakar semangat untuknya kuat dalam menempuh dugaan hidup.
Wanita cekal itu mengakui pada awal itu dia sukar membahagikan masa antara kerjaya seni dan tanggungjawab.
"Manalah nak uruskan anak dan 'shooting' selain berniaga, menjadi ibu tunggal sekelip mata selepas suami meninggal dunia merubah segala-galanya. Tapi ketika itu saya bernasib baik kerana kedua-dua anak sudah bersekolah menengah. Jadi mereka sudah pandai bawa diri. Saya juga menjaga mereka tanpa bantuan sesiapa.
"Waktu itu ada ketika saya bagai lemah dan 'lost'. Tapi anak jadi suntikan semangat untuk saya kerja lebih kuat. Tambah pula perjalanan mereka masih jauh dan saya tempat mereka bergantung," kata pemegang watak Mona dalam drama rantaian fenomena Nur.
Tambah pelakon filem Bayangan Maut dan Harry Boy itu, beliau sendiri agak skeptikal dengan pandangan masyarakat terhadap dirinya sebagai ibu tunggal.lailala
Laila menerima anugerah pada acara Kelantan Business Ikon Awards, pada 17 Disember 2021 lalu.
Akuinya, bukan senang nak mengharungi hidup tanpa suami. Dengan pandangan itu ini daripada masyarakat.
"Tapi saya tak terkesan dengan semua itu. Saya tanamkan semangat positif dalam diri.
"Dalam soal membesarkan anak, saya pasti mahukan yang terbaik untuk mereka tanpa fikir lelah. Kalau kita tak buat itu ini, ibarat takkan ada yang lakukan semua diingini. Maka dengan itu belajarlah buat semua sendirian.
"Keluarga saya terutama emak jadi nadi dan semangat. Mak terutamanya banyak membantu saya menjaga anak dan bagi semangat. Doa ibu itu kan sangat makbul," ujarnya.
Bercerita tentang kedua-dua hero dalam hidupnya, kata Laila, anak bongsu mula mengikut jejak langkah seninya.
"Cuma yang bongsu itu lebih kepada minat kerja belakang tabir dan bercita-cita nak jadi pengarah kelak. Dia baru belajar dalam jurusan perfileman di Kuala Lumpur Film School dan menjalani latihan praktikal di bawah seliaan Adlin Aman Ramlie. Sebagai ibu saya tumpang bangga dan mendoakan yang terbaik untuknya," katanya.
Laila merupakan antara penerima anugerah Kelantan Business Ikon Awards (Anugerah Ikon Bisnes Kelantan) pada 17 Disember 2021 lalu yang mengangkat anak jati negeri itu yang berjaya dalam dunia keusahawanan.
Selain berlakon, Laila merupakan usahawan perniagaan minyak wangi dan pelbagai sambal bilis.
Pengiktiraf yang diterima itu membuatkan beliau bersemangat untuk terus mengukuhkan jenama perniagaan minyak wangi dan pelbagai sambal bilis sejak 2014.
“Alhamdulilah syukur. Kejayaan ini
memberikan lebih semangat untuk melipatgandakan usaha untuk melangkah terus bersama
T’Lasabella Perfume by Lailanasir dan T’Lasabella Kitchen by Lailanasir.
“Bermula dari bawah dan ini merupakan
hadiah tidak ternilai atas usaha dan kerja keras Team T’Lasabella bersama
stokis dan ejen. Saya sebagai founder T'LaSabella HQ mengucapkan ribuan terima
kasih kepada ejen dan stokis seluruh Malaysia termasuk Singapura.
“Terharu rasanya bila dapat pegang award ni, rasa penat lelah selama ini berbaloi. Tidak rugi dan tidak penat pegi berniaga booth selain Kuala Lumpur dan Selangor, kami ke Penang, Kedah, Perak, Melaka dan Pahang. Berniaga sampai ke Singapura, kami juga gigih berniaga secara online, buat live dalam media sosial di musim lockdown PKP,” tulis Laila dalam Instagram perasaannya selepas memenangi anugerah tersebut.
Merasakan kehidupannya sudah lengkap dengan dua orang anak yang dibesarkan sendirian.
Beliau yang mengusahakan T'Lasabella Perfume
by Lailanasir dan T'Lasabella Kitchen by Lailanasir menjelaskan, dengan dunia lakonan
dan berniaga itulah beliau dapat membesarkan anak serta meneruskan kelangsungan
hidup.
Bila diaju soalan, selepas lama hidup ‘solo’
tidakkah beliau mahu mengisi kekosongan di hatinya. Jelas Laila, beliau tidak
terdesak untuk mencari pengganti kerana selesa hidup sebegitu tanpa ada tekanan
daripada sesiapa.
"Setakat ini, saya tidak pernah
terbuka hati untuk kahwin lagi. Saya hanya fikir keluarga, kerjaya dan
perniagaan saja," katanya.
Pernah memperlahankan rentak seni dan kemudian kembali aktif sejak beberapa tahun lalu, Laila kini terus diberi kepercayaan pelbagai produksi.
"Sejak buat 'come back' memang saya tak pandang ke belakang lagi. Impak drama Nur bagai pembuka pintu rezeki. Watak ditawarkan juga mencabar diri.
"Saya baru saja selesai penggambaran drama Cinta Yang Tertangguh arahan Amie Maziah. Drama terbitan Suhan Movie Production sebanyak 20 episod itu turut dibintangi Mustafa Kamal, Sweet Qismina dan Luqman Hafidz.
"Kemudian saya masuk ke set penggambaran drama Seindah Cinta pula juga sebanyak 20 episod," katanya. KitaReporters
Pernah memperlahankan kerjaya seni, kini kembali aktif.