Seni & Sukan 29 Jun, 2021

Berita Terkini| Panik ditegur polis! Lelaki lompat motor, lari dan sembunyi di dalam tandas!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

GAMBAR hiasan.. Anggota polis menjalankan rondaan sebelum terserempak dengan lelaki yang mencurigakan di persimpangan jalan di kawasan Pengkalan Chepa di Kelantan.


GARA-GARA panik ditegur oleh pihak berkuasa, seorang lelaki bertindak melompat daripada motosikal yang ditunggangnya sebelum berlari memasuki sebuah rumah secara rambang di Padang Tembak, Pengkalan Chepa di Kelantan, pada Isnin 28 Jun 2021.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, dalam kejadian 6.30 petang itu, suspek melarikan diri dan bersembunyi di dalam tandas orang yang tidak dikenali sebelum berjaya ditahan oleh polis.

“Ketika kejadian, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kota Bharu yang sedang menjalankan rondaan terserempak dengan lelaki itu dalam keadaan mencurigakan di persimpangan lampu isyarat.

"Lelaki  yang berusia 28 tahun itu yang menunggang Yamaha 150ZR itu diarahkan berhenti namun disebabkan takut, suspek bertindak melompat dari motosikal dan memasuki rumah berdekatan sebelum menyorok di dalam tandas,” katanya seperti dipetik oleh Harian Metro pada Selasa, 29 Jun 2021.

Abdul Rahim berkata, hasil siasatan polis menemukan sembilan paket lutsinar mengandungi 18 gram syabu, tujuh biji pil eramin 5 dan 214 biji pil kuda serta serangkai tiub straw.

Turut dirampas wang tunai berjumlah RM222 dan semua rampasan dianggarkan bernilai RM4,100 dan hasil ujian saringan terhadap suspek yang juga buruh kasar didapati positif methampethamine.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39(A1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 serta Seksyen 15(1) ADB 1952 dan suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini (Selasa, 29 Jun 2021) untuk mendapatkan perintah tahanan bagi siasatan lanjut. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

2
0
0
1
2
You will be interested