RAMAI ibu bapa pada ketika pandemik Covid-19 ini meminta bantuan lampin pakai buang atau pampers untuk anak mereka akibat pendapatan keluarga terjejas.
Namun bantuan bekalan lampin pakai buang tidak dapat dibekalkan secukupnya kepada ibu bapa yang memerlukan kerana ramai yang memohon.
Jadi seorang pengguna TikTok telah mencadangkan agar mereka yang memerlukan cuba belajar untuk kembali pada zaman dahulu dengan menggunakan lampin kain atau napkin yang dibasuh dan dipakai kembali selepas dibersihkan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lampin pakai buang
Jangan nak beli pampers bagai lagi-lagi pada musim Covid-19 sekarang, lagi-lagi orang susah yang tiada pendapatan.
"Jangan bazir beli pampers, belilah susu, jangan minta bantuan beli pampers."
Katanya lagi, lampin zaman dahulu yang menggunakan kain atau napkin boleh dipakai berkali-kali dan menjimatkan duit.
"Korang kena check cuci anak kencing ke berak ke? Ni nak bazir duit beli pampers. Baik beli susu."
Tambahnya dari pengalamannya sendiri juga, beliau memang menggunakan lampin kain ajar anak-anak. Cuma nak keluar rumah sahaja saya pakaikan pampers.
Bukan itu sahaja, pelakon Balkiysh Semundur Khan juga mendedahkan dalam Instagram miliknya ramai orang yang meminta bantuan pampers untuk anak mereka.
Oleh itu beliau juga mencadangkan untuk ibu bapa memakai lampin kain dan kita kembali kepada zaman dahulu atau back to nature iaitu menggunakan lampin yang dicuci dan diguna semula.
Tambahnya, kaedah ini bolehlah digunakan sebagai kedah sementara sahaja dan kalau ekonomi dah pulih serta pendapatan dah stabil bolehlah gunakan pampers balik.
Betul juga apa yang dikatakan mereka berdua, jadi jangan kita ambil komen ini sebagai satu yang negatif tetapi jadikan ia sebagai satu ikhtiar untuk terus berdepan masalah terkesan akibat Covid-19 ini.
Insya-Allah dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga kita. - KitaReporters