Seni & Sukan 15 Dec, 2020

Video| The Queen's Gambit checkmate! Cetus fenomena catur!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

HIKMAH terhadap pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita tahun ini ternyata membawa kita lebih lama 'melepak' di dalam rumah sendiri. Ada yang sebelum ini tidak pernah tahu apa itu Netflix sebagai contoh, tetapi pada hari ini sudah menjadi amalan kebiasaan untuk menonton filem melalui laman popular itu. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan catur:

https://kitareporters.com/search?search=catur


Bercerita mengenai filem/drama bersiri dalam Netflix, The Queen's Gambit yang ditayangkan sejak 23 Oktober 2020 benar-benar telah meningkatkan minat terhadap permainan catur di Malaysia

Malah, dikatakan ia bukan sahaja berlaku di negara kita, malah ia juga telah menjadi satu trend yang turut berlaku di seluruh dunia, hasil daripada siri The Queen's Gambit itu.




Ini bukanlah sebuah andaian atau omongan kosong di internet, sebaliknya menurut Ahli jawatankuasa Persekutuan Catur Malaysia (MCF), Muhammad Firdaus Ismail, ramai individu, yang sebelum ini tidak mempunyai minat dalam permainan strategi minda itu mula mempelajari dan membeli barangan berkaitan permainan itu ditonton secara dalam talian.

“Kita dapat melihat bahawa siri itu telah mempengaruhi ramai penonton untuk belajar lebih mendalam mengenai catur. Ini sekali gus meningkatkan permintaan terhadap barangan permainan catur seperti chess board dan pelitup muka berkaitan catur, ramai orang baru mula membeli barangan dengan kami,” katanya yang turut mengendalikan Kelas Catur Putrajaya Traju Team.

“Kami difahamkan bahawa pembelian dalam talian juga meningkat, kita melihat topik berkaitan The Queen's Gambit turut menjadi bualan menerusi media sosial. 

"Namun, kami menjangkakan kehadiran pemain ke kelas yang terkesan akibat pandemik COVID-19 hanya akan pulih dalam beberapa bulan lagi,” katanya kepada sebuah agensi berita tempatan baru-baru ini.



Untuk rekod, siri The Queen's Gambit menjadi antara siri terhad paling popular dan ramai penonton dalam talian, dengan lebih 62 juta akaun menontonnya dalam jangka masa selama 28 hari pertama sejak ia mula ditayangkan.

The Queen's Gambit merupakan siri yang diadaptasikan daripada novel fiksyen keluaran 1983 dengan tajuk yang sama, hasil karya Walter Tevis, berlatarbelakangkan era 50-an dan 60-an.



Ia memaparkan kisah seorang wanita bernama Beth Harmon (lakonan Anya Taylor-Joy) yang mempelajari dan mula bermain catur ketika berada di rumah anak-anak yatim sehingga muncul sebagai pemain terbaik dunia selepas berbelas-belas tahun beliau bermain.

Kesan kepada siri berkenaan, bermula November 2020, pencarian dalam Google Trend turut menunjukkan perkataan ‘chess’ dan ‘gambit’ melonjak tinggi berbanding sebelum itu.

Ia bukan sahaja menjadi 'trending' dalam Internet, malah The Queen's Gambit dalam laman Netflix juga terbukti merancakkan lagi industri berkaitan sukan berkenaan.



Menurut Portal National Public Radio, www.npr.org, dari Amerika Syarikat, barangan set catur yang dibekalkan kepada Walmart di negara itu telah mencatatkan lonjakan mendadak iaitu melebihi 1,000 peratus berbanding sebelumnya.

Penjualan dalam talian dalam eBay juga dikatakan telah meningkat sebanyak 215 peratus pada bulan November 2020, seperti yang diakui syarikat pengilang dan pembekal barangan permainan antarabangsa, iaitu Goliath Games. - KitaReporters



2
0
0
0
0
You will be interested