Seni & Sukan 07 Jan, 2021

Sahabat Amanah Ikhtiar (AIM) Besut antara yang terbaik! Pusat Nurul Suhana 1 muncul cemerlang

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

SEMANGAT setia kawan dan sentiasa mematuhi sumpah ikrar pada setiap kali sesi kelas diadakan menjadikan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Daerah Besut, Terengganu antara yang terbaik di negeri berkenaan. Tahniah AIM Besut! Satu pencapaian yang amat membanggakan. : KitaReporters


Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dari Pusat Nurul Suhana 1 hadir meraikan kejayaan kumpulan tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Amanah Ikhtiar Malaysia:

https://kitareporters.com/search?search=amanah+ikhtiar


Malah, peserta AIM daerah tersebut juga mampu membayar balik pinjaman mengikut jadual dan tanpa seorang pun daripada mereka yang berhutang selepas mendapat pinjaman perniagaan daripada agensi tersebut. 

Sikap jujur dan amanah yang sentiasa diamalkan sahabat (peserta ) AIM berkenaan mengundang rasa tanggungjawab sehingga mereka mampu menganjurkan majlis meraikan kejayaan peserta tanpa mendapat bantuan pihak lain.


Sahabat (peserta) Pusat Nurul Suhana 1, Seberang Jertih hadir majlis meraikan majlis perpisan pembimbing mereka.


Peserta Pusat Nurul Suhana 1, Seberang Jertih, Besut, Terengganu mengambil tanggungjawab menganjurkan program meraikan kejayaan mereka sebagai satu penghargaan berikutan kejayaan mengharumkan nama pusat terbabit. 

Majlis yang diadakan di Temu Primula Resort, Besut serentak dengan meraikan perpisahan pembimbing pusat itu Maidin Nawi berlangsung dalam suasana meriah dan mendapat sambutan meriah ahli-ahli.

Kira-kira 100 ahli pusat tersebut hadir meraikan kejayaan kumpulan tersebut yang julung kali diadakan di sebuah resort pada 29 Disember 2020. Sebelum ini, majlis secara sederhana dan hanya mampu diadakan di kelas tersebut .

Hadis sama Pengurus Cawangan AIM Besut, Mohd Azam dan guru-guru pembimbing kelas AIM daerah itu.


Sharifah Mohamed


Ketua Pusat Nurul Suhana 1, Sharifah Mohamed berkata, sempena majlis tersebut pelbagai acara menarik diadakan bagi memeriahkan program berkenaan.

Katanya, antara pengisian program termasuklah penghargaan kepada sahabat yang cemerlang, sahabat setia, kehadiran penuh, sahabat anggun dan sahabat harapan.

“Penganjuran program ini atas daya usaha peserta sendiri dengan mengumpul dana untuk membeli cederamata, penyediaan tempat dan makan minum,” katanya.


Pengurus Cawangan AIM Daerah Besut Mohd Azam menyampaikan hadiah kepada peserta paling anggun Rohaya Ghazali


Sementara itu Mohd Azam berkata, pihaknya bangga di atas kejayaan pengurusan pusat tersebut berjaya menganjurkan program seumpama itu bagi meraikan rakan-rakan yang berjaya dalam kategori yang ditetapkan. 

Katanya, ketika ini, terdapat 4,020 sahabat AIM sedang mengikuti kelas khas di seluruh daerah Besut.

Beliau berkata, pada 2020 sejumlah RM25 juta disediakan bagi memberi pinjaman modal kepada peserta di daerah itu dan pada 2021 dijangkakan RM28 juta akan disediakan untuk membantu sahabat AIM di daerah tersebut yang memerlukan pinjaman modal.


Rohaya Ghazali dipilih peserta paling anggun


Mohd Azam berkata, ada peserta diberikan pinjaman sehingga RM30,000 untuk menjalankan perniagaan dan peserta terbabit dapat membayar balik mengikut jadual yang ditetapkan tanpa sebarang masalah.

“Sehingga ini pihaknya amat berpuas hati dengan peserta terbabit kerana berjaya membayar balik mengikut jadual dan menjadikan daerah itu antara contoh terbaik di negeri ini,” katanya. - KitaReporters

13
3
3
2
3
You will be interested