Bagi pasangan yang sudah berkawin, pelbagai aktiviti yang dilakukan demi mengeratkan lagi kasih sayang antara satu sama lain. Dan antara momen yang menyeronokkan adalah aksi kacau mengacau pasangan untuk 'batalkan' air wuduk. Pelbagai teknik serta taktik godaan digunakan agar pasangan mereka tewas. : KitaReporters
Itulah yang dilakukan oleh seorang pengguna Twitter, kuch kuch ho taik @BellaKhann yang cuba untuk menganggu suaminya untuk solat dengan 'acah-acah' ingin memegang agar terbatal air wuduk.
Dalam video itu, terpapar sweetnya pasangan suami isteri dan si suami pula sabar melayan karenah si isteri yang akhirnya mengalah setelah di ugut manja oleh suaminya.
"Bestnya jadi suami isteri boleh pegang pegang kacau-kacau bila nak solat," seloroh Bella.
Ada juga followers beliau yang berkongsi video seperti mereka di mana ada pasangan memang suka buat kacau setiap kali pasangan hendak solat.
Aksi batalkan wuduk ini bukan seperti akad nikah masa mula mula kawin dulu, melainkan kawin baharu tapi kalau yang itu namanya tempah 'maut' dari si isteri!!
Bagi pasangan yang belum kawin usah gusar, usah risau, saat anda pasti akan tiba.
Untuk ketika ini, nikmatilah dahulu video sweet ini agar ia dapat dilakukan oleh anda pada masa akan datang.
Tapi ingat, berpada-pada ketika ingin kacau pasangan anda. Takut-takut nanti tertewas dengan godaan pasangan, lain pula jadinya!!!
Video berdurasi 30 saat itu telah ditonton lebih 360,000 kali. - KitaReporters