Seni & Sukan 15 May, 2020

Sejadah mini, sejadah putih! Usaha sama Siti Khadijah x AMRU

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: farizaum@yahoo.com

Share this

Selepas membuka butik gaya hidup pertamanya di pusat membeli-belah berprestij, Suria KLCC pada awal Mac 2020, Siti Khadijah mengorak langkah berkolaborasi pula dengan syarikat AMRU bagi menghasilkan koleksi sejadah mini. - KitaReporters


Iya lah… Siti Khadijah (SK) kan terkenal sebagai peneraju telekung inovasi, manakala AMRU pula dikenali sebagai syarikat yang menghasilkan sejadah berkualiti daripada 100% kain kapas asli untuk memberikan keselesaan. 

Jadi sudah tentu kerjasama antara kedua-duanya yang berkongsi nilai-nilai yang sama dalam mengutamakan kualiti pada produk menjadikan gabungan itu bertambah baik.

Pada masa yang sama, sejadah dan telekung adalah kombinasi yang sangat sesuai bagi kegunaan harian rakyat Islam seluruh dunia.

Menurut Eksekutif Perhubungan Awam Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Hasif Hilmi, kerja-kerja kajian dan pembangunan produk telah dijalankan sejak setahun yang lepas.

“Dan tahun (2020) ini, sesuai dengan bulan Ramadan, SK dan AMRU memperkenalkan koleksi sejadah putih bersaiz mini kepada para pengguna,” ujar Hasif.

Sejadah yang berkonsepkan minimalis dengan jahitan geometri Islamik pada keseluruhan sejadah sangat sesuai  digunakan ketika ‘travel’.


Sulaman serta riben warna maroon pada bahagian tepi pula membuatkan sejadah kelihatan cantik dan elegan.

“Sejadah ini juga dihasilkan daripada kain kapas asli yang memberikan keselesaan berganda kepada pengguna,” tambah Hasif.

Beliau memberitahu, setiap pembelian sejadah mini SK X AMRU akan diberikan minyak wangi sejadah bernilai RM12.90 secara percuma.


Dengan harga sekadar RM59, ia merupakan siri produk yang harus dimiliki pengguna khususnya golongan wanita apatah lagi mudah disimpan dalam tas tangan sekali pun melancong ke serata dunia.

Malah jika menginap di hotel luar negara yang bukan negara Islam, sudah tentu tiada sejadah dibekalkan pihak hotel, maka dengan adanya sejadah mini begini amat memudahkan.

Boleh dilipat dan dibawa dalam bagasi tangan sahaja ke atas pesawat kan, tidaklah berat dan tebal untuk dilipat seraya menambahkan berat bagasi.

Apa pun jika sejadah berkualiti ini yang sedang anda cari selama ini apa kata menjengah ke kedai dalam talian rasmi Shopee Siti Khadijah sahaja.

Tak perlu keluar rumah dan membahayakan diri terkena jangkitan wabak koronovirus. Duduk di rumah sahaja seperti pesan kerajaan, produk akan sampai di hadapan pintu rumah anda.

Dunia sekarang ini segalanya boleh diperoleh di hujung jari sahaja! - KitaReporters

2
1
0
0
0
You will be interested