Seni & Sukan 02 May, 2020

The World of The Married! Tak sakit pun jadi sakit! Geram!!

@dsa wahab
Bekas wartawan di Kumpulan Media Karangkraf & Akhbar Cabaran Sinar Harian.

Share this

CERITANYA begini... Sepasang suami isteri di Gosan, Korea Selatan berdepan masalah rumah tangga yang dahsyat angkara kecurangan. Tidak hanya melibatkan keluarga dan rakan sekerja, malah mengheret sekali sesiapa sahaja yang terjebak mengikuti perkembangan hubungan mereka. : KitaReporters

Lakonan mantap pelakon-pelakonnya menggoncangkan jiwa dan raga untuk terus mengikuti kisah mereka di sebalik TWOTM. - Kredit foto: FB The World of The Married.


Penangan #stayhome pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah memasuki fasa keempat ini semakin hangat apabila peminat K-drama, khususnya diuji duduk di rumah dan berperang dengan jiwa dan emosi dek kerana melayan kerenah suami isteri itu menerusi drama terbaru, ‘The World of The Married’ (2020)

The World of The Married (TWOTM) bersiaran di stesen TV Korea menerusi saluran JTBC. Ia merupakan drama yang mendapat rating terbaik menerusi laporan, Nielsen Korea. 

Manakala di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina drama TWOTM yang mempunyai 16 episod itu semakin tular, sekali gus ‘trending’ dalam media sosial.  Ini kerana sekali menonton, dia punya ‘hook’ sampai tidak boleh berhenti.

Tema ceritanya adalah tentang kecurangan.

Jika diikuti episod demi episod banyak plot dan hampir kesemuanya di ‘twist’ hinggakan sukar dijangka dan menampakkan semua watak di dalamnya adalah bertalamkan 18 muka. 

Menjadikan penonton sentiasa beremosional.

Detik yang merobek perasaan sang isteri. - Kredit foto: FB The World of The Married.


Secara ringkasnya TWOTM mengisahkan tentang kehidupan rumah tangga Ji Sun Woo (Kim Hee Ae), seorang doktor perubatan yang mempunyai segalanya termasuk kerjaya dan kekayaan. 

pada permulaan kehidupannya cukup bahagia dan sempurna bersama suami, Lee Tae Oh (Park Hae Joon) dan mempunyai seorang anak lelaki.

Namun segalanya berubah apabila Sun Woo dikhianati suaminya dan lebih memeranjatkan teman-teman rapatnya tahu mengenai hubungan sulit suaminya. 

Pada babak ini sudah boleh disediakan tisu untuk terus menontonnya. 

Dalam usaha Sun Woo mencari bukti kecurangan suaminya, perasaan sedih dan marah mula bercampur baur apabila rakan-rakannya berkomplot seolah memperbodohkannya dan salah seorang daripadanya, Sul Myung Seok (Chae Gook He) menjadi talam dua muka dengan menyampaikan maklumat kepada Tae Oh.

Pengkhianatan oleh rakan-rakan adalah antara babak yang meruntun emosi. Kredit Foto: FB The World of The Married.


Diringkas lagi, suaminya Tae Oh mempunyai hubungan dengan anak seorang yang berpengaruh di Gusan, Yeo Da Kyung (Han So Hee). 

Keji!! Semasa berkahwin dengan Sun Woo, lelaki itu hidup atas penat jerih isterinya dan selepas itu menggunakan pula kekayaan bapa mertua barunya untuk mulakan hidup baru. 

Sementara itu, TWOTM yang memulakan tayangan 27 Mac 2020 dan berakhir 16 Mei 2020 berjaya membangkitkan rasa geram dan menyampah yang membuak-buak dalam diri penonton bermula daripada Episod 1 lagi dan tidak hairan apabila selepas episod-episod seterusnya perasaan penonton semakin teruja sehingga rata-rata ingin membelasah watak jahat dan pengkhianat di dalamnya. 
Tidak ketinggalan juga ada warganet yang ingin masuk dalam TV untuk jadi watak utamanya. 

Semuanya jelas terpancar hasil komen dan muat naik status mereka dalam Facebook, Twitter mahupun Instagram. 

Adakah anda juga salah seorang pengikut yang begitu?






Penuh penghayatan... Rata-rata warganet yang menonton TWOTM melepaskan geram masing-masing setiap kali selesai menonton K-drama ini. 


Justeru itu, kehidupan sebagai suami isteri ternyata banyak cabarannya. 

Namun begitu, masing-masing harus bijak dalam menangani setiap permasalahan yang timbul sehingga tidak perlu membabitkan orang lain. 

Bimbang ada mangsa disebaliknya. – KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested