Gaya Hidup 25 Jan, 2022

Keluarga Malaysia: MPBP, JPKD Penggaram turun padang! Agih kotak rezeki penduduk taman perumahan!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


Kotak rezeki diagihkan untuk penduduk di kawasan Zon 12 MPBP tanpa mengira kaum.


JAWATANKUASA Penyelaras Khas DUN (JPKD) Penggaram, Batu Pahat, Johor mengagihkan Kotak Rezeki Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) kepada penduduk yang kesempitan di kawasan Zon 12 MPBP pada 20 Januari 2022 lalu.

Bertepatan dengan aspirasi konsep Keluarga Malaysia, Pengagihan kotak rezeki itu dilakukan oleh Pengerusi JPKD berkenaan, Zaidi Japar bersama-sama wakil MPBP Saidatul Malaliza Saidali kepada 30 keluarga terbabit.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Keluarga Malaysia

Zaidi berucap pada majlis pengagihan kotak rezeki MPBP untuk meringankan bebanan penduduk.


Pengerusi Biro Kebajikan JPKD itu, Hamidi Mad Tap, berkata kotak rezeki mengandungi pelbagai barangan keperluan asas harian itu bagi meringankan bebanan keluarga terbabit yang menetap di taman dan kawasan bercukai MPBP. 

Menurutnya, walaupun sumbangan itu tidak seberapa tetapi menunjukkan pihak berkenaan khususnya MPBP tidak lepas tangan dalam kegiatan amal kebajikan bagi membantu penduduk di kawasan bercukai yang terbeban dengan pelbagai masalah.

“Apabila perkara ini dimaklumkan kepada pihak MPBP oleh JPKD mereka ambil peduli untuk mengagihkan bantuan bagi membantu penduduk yang terkesan berikutan pandemik COVID-19 kerana ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.

“Seperti dimaklumkan pengagihan kotak rezeki ini turut mendapat kerjasama yang amat baik daripada semua ahli MPBP yang mahukan bantuan dapat dimanfaatkan penduduk yang kesempitan tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.


Zaidi (dua dari kiri) menyampaikan kotak rezeki kepada seorang penduduk di kawasan Zon 12 MPBP sambil disaksikan Hamidi (kiri) pada 20 Januari lalu.


Sementara itu, Zaidi ketika berucap pada majlis pengagihan kotak rezeki berkenaan melahirkan rasa bersyukur kerana kesempitan hidup yang menimpa penduduk di taman berkenaan menarik perhatian MPBP. 

Beliau berkata, inisiatif yang ditunjukkan oleh MPBP itu secara tidak langsung membuktikan mereka turut mengambil berat membela nasib penduduk tanpa mengira kaum yang menjuruskan kepada memupuk semangat perpaduan.

“JPKD khusus Penggaram berharap usaha murni ini akan diteruskan MPBP ke kawasan taman perumahan lain supaya penduduk turut berasa infak daripada membayar cukai bukan untuk tujuan pembangunan prasarana sahaja tetapi boleh disalurkan bagi tujuan amal kebajikan,” katanya. 


Zaidi ketika berucap turut berharap MPBP dapat terus membantu penduduk yang terkesan berikutan pandemik Covid-19.

17
12
0
15
0
You will be interested

Video| Tahniah Anzalna, Elfira! Selamat lahirkan anak kedua! Kongsi tarikh kelahiran yang sama!

Anzalna Nasir, 34, dan Elfira Loy, 28, sambut kelahiran anak kedua masing-masing pada hari Jumaat 20 Mei 2022. Tak umum nama juga papar wajah secara sepenuhnya

Dua parah, koma! Bangsal dihempap pokok tumbang! Berteduh daripada hujan lebat, angin kencang!

Dua lelaki berusia 40-an, cedera parah di Kpg Bendang Sera, Baling akibat dihempap pokok tumbang yang timpa bangsal tempat mereka berteduh daripada hujan lebat
Che Saad Noordin in Gaya Hidup 11 hours ago

Video| Dolla nafi berpakaian keterlaluan dalam MV Suara Lebaran Kita! Sesuai dengan imej kumpulan!

Dolla pertahan busana digayakan dalam video muzik Suara Lebaran Kita dendangan bersama Hael Husaini sebagai tak keterlaluan kerana sesuai dengan imej kumpulan
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 11 hours ago

Nantikan konsert Siti Nurhaliza pada 2023! Rindu anjur show skala besar! Tak nak berebut-rebut!

Siti Nurhaliza lahirkan perasaan rindunya untuk anjurkan konsert berskala besar setelah dua tahun tidak berkesempatan lakukannya disebabkan pandemik COVID-19
Fariza Saidin in Gaya Hidup 12 hours ago

Video| Hetty Koes Endang cipta sejarah tersendiri! Konsert Jubli Emas! 50 tahun jadi anak seni!

Selepas 50 tahun bergelar anak seni, Hetty Koes Endang bakal adakan Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang berkonsep makan malam pada 27 Ogos 2022 di Kuala Lumpur
Mohamed Sa'ari in Gaya Hidup 13 hours ago