Seni & Sukan 03 Jun, 2021

Berita Terkini| Polis tumpas kegiatan edar dadah! 4 lelaki tempatan, 3 wanita Vietnam ditahan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


SINDIKET didalangi empat lelaki tempatan dan tiga wanita Vietnam menggunakan dua kondominium yang disewa sebagai tempat penyimpanan bekalan dadah terbongkar selepas diserbu oleh pasukan polis, pada Selasa 1 Jun 2021.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur menyerbu dua kondominium berasingan di Taman Miharja dan Seri Kembangan.

“Pemeriksaan di kedua-dua kondominium polis berjaya menahan empat lelaki tempatan dan tiga wanita warga Vietnam berumur lingkungan 23 hingga 32 tahun. Kondominium berkenaan disewa oleh ahli sindiket dengan kadar RM1,500 sebulan.

"Pemeriksaan lanjut di salah satu unit polis telah berjaya merampas dadah yang disyaki serbuk methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 7.437 kilogram, 450 pil ekstasi, ganja (15.14 gram) dan cecair MDMA (12,150 mililiter atau 12.15 liter),” katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur pada Khamis, 3 Jun 2021.

Adnan berkata turut dirampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia, sebuah kenderaan Volkswagen Passat dan wang tunai RM4,481," ujarnya.

Kesemua suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah sehingga 7 Jun 2021 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

“Dengan tangkapan ini, polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi warga tempatan dan warganegara asing yang dikesan aktif selama empat bulan di sekitar Lembah Klang. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

POLIS berjaya merampas dadah yang disyaki serbuk methylenedioxymethamphetamine (MDMA) 7.4 kilogram, 450 pil ekstasi, Ganja dan cecair MDMA 12.1liter. - Kredit foto: Malaysia Gazette

0
0
0
0
0
You will be interested