Kredit foto: Perak FC
KEMELUT yang berlaku dalam pasukan bola sepak Perak ketika ini sehingga berlakunya tunggakan gaji pemain menyebabkan beberapa pemain telah angkat kaki ke pasukan lain.
Main bermatian-matian, tapi gaji tak dapat, sudah pasti akan mengundang kemarahan pemain.
Setakat ini, Kenny Pallraj dan J Partiban antara pemain terawal ke pasukan baharu dan kemungkinan akan ada beberapa lagi pemain yang akan ikut jejak kedua-dua pemain tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bola sepak
Kredit foto: Kuala Lumpur City FC
Lantaran itu, pengasas kosmetik terkenal tanah air, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih terkenal dengan Datuk Seri Vida (DSV) kini dalam perancangan untuk mengambil alih pengurusan bola sepak di Perak itu.
Namun begitu, ketika ini Dato' Seri Vida sedang melihat apa yang patut beliau lakukan jika mengambil alih pasukan ini terutama dari segi gaji pemain, penyelenggaraan pasukan dan paling penting adalah pulangan yang bakal beliau dapat jika melabur dalam pasukan ini.
Beliau juga ada meminta pendapat para penyokong sejati pasukan The Bos Gaurus ini.
Sebagai pemerhati bola sepak, amat berharap Vida mampu ambil alih pasukan ini dan lantik mereka yang benar-benar layak untuk mengurus pasukan ini dan jangan sesekali melibatkan orang politik dalam pasukan kerana ia bakal mrnghancurkan pasukan itu.
Untuk maklumat, Vida pernah memegang pasukan Kelantan sebelum ini dan beliau ada lakukan beberapa perubahan dari segi mengecat semula Stadium Muhamad IV dengan warna 'pink'.
Jika dilihat, beliau sudah pasti sudah ada pengalaman dan diharapkan kali ini Vida mampu memacu pasukan Perak ke landasan yang lebih baik. - KitaReporters